Oleh Usaid Asmadi
Ilmu bernegara adalah ilmu bagaimana untuk hidup dalam sebuah negara.
Konotasi ‘negara’ dalam erti kata yang mudah adalah, bagaimana untuk
kita hidup bersama masyarakat disekeliling kita.
Mengambil realiti
negara Malaysia yang rakyatnya berbilang bangsa, agama dan adat budaya
seolah memberi satu hukum wajib kepada mahasiswa untuk mempelajari dan
mempraktikkan ilmu bernegara dalam kehidupannya.
Kesannya apabila mahasiswa kita tiada ilmu bernegara, maka lahirlah
mahasiswa-mahasiswa yang mementingkan diri sendiri. Asal dirinya boleh
makan nasi, orang sekeling terus tidak dipeduli.
Merbahayanya penyakit
ini, mahasiswa kita akan rasa masyarakat kita ini tiada masalah.
Walaupun wujudnya masalah itu, mahasiswa kita akan merasakan itu bukan
masalah mereka. Selagi mana kepentingan peribadi mereka tidak terganggu.
Kemuncaknya? Mahasiswa akan hilang sensitiviti dengan masalah
sekeliling mereka. Lahirlah mahasiswa yang hidupnya hanya untuk
industri.
Ilmu bernegara tak lengkap tanpa ilmu membina negara. Ilmu ini
penting kerana ilmu inilah yang akan menambahbaik kedudukan negara kita.
Ilmu membina negara ini sangat luas. Merentasi pelbagai lapangan dan
bidang; ekonomi, politik, agama, undang-undang, bahasa, etika, sastera
dan sebagainya. Semua ini adalah Ilmu membina negara yang diakhir
matlamat kita adalah untuk menambahbaik kedudukan negara. Maka, tiada
alasan sebenarnya untuk mahasiswa kita tidak menyumbang apa-apa kepada
penambahbaikan negara kita.
Ilmu bernegara adalah ilmu yang mengajak mahasiswa belajar cara hidup
bermasyarakat. Maka nilai ambil berat dan prihatin sepatutnya wajib ada
dalam diri mahasiswa. Mahasiswa akan menjadi masyarakat yang tahu,
sedar dan peduli dengan apa-apa yang berlaku sekeliling mereka. Ilmu
membina negara pula akan mengajak mahasiswa untuk berfikir dan
merealisasikan solusi terbaik terhadap masalah yang mereka kesani
daripada pemerhatian dan kajian. Dengan satu matlamat akhir, sebuah
negara yang lebih baik untuk masyarakatnya!
Dua ilmu inilah yang akan mengembalikan nilai manusia dalam diri seorang mahasiswa!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan