MANILA: Tiga gempa bumi yang bermagnitud 5.0 hingga 5.9 melanda wilayah
Batangas di pulau utama Filipina, Luzon hari ini.
Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa-gempa
berkenaan yang terjadi kira-kira 90 kilometer di selatan Manila,
berlangsung selama 20 minit.
Seorang wartawan Reuters yang berada di situ merasai gegaran selama lebih seminit di daerah perniagaan Makati, Manila.
Rantau itu telah mengalami beberapa gegaran sejak awal minggu ini.
Tiada apa-apa kecederaan atau kerosakan yang dilaporkan setakat ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan