KUALA LUMPUR: Perbelanjaan teknologi maklumat di
Malaysia dijangka meningkat sebanyak lapan peratus dan mencecah RM71.7
bilion pada 2017 berbanding tahun lepas, menurut Gartner Inc.
Dalam kenyataan hari ini, Gartner berkata unjuran pertumbuhan itu
sejajar dengan jangkaan peningkatan perbelanjaan teknologi maklumat di
seluruh dunia, yang mencecah US$3.5 trilion (US$1=RM4.44) pada 2017,
meningkat sebanyak 1.4 peratus berbanding 2016.
Syarikat penasihat dan penyelidikan teknologi maklumat itu berkata
perbelanjaan ke atas peranti seperti komputer peribadi, tablet,
ultramobile dan telefon mudah alih dijangka naik sebanyak 1.7 peratus
kepada US$645 bilion pada tahun ini.
Ia juga berkata pertumbuhan
bagi perbelanjaan telefon mudah alih pada tahun ini akan dipacu oleh
peningkatan purata harga jualan bagi telefon di pasaran Asia Pasifik dan
China yang sedang pesat membangun.
Bagaimanapun, Naib Presiden
Penyelidikan John-David Lovelock berkata pengukuhan dolar AS
mengurangkan US$67 bilion daripada unjuran perbelanjaan teknologi
maklumat 2017 Gartner.
"Kami menjangka keadaan tidak menentu
mata wang ini akan mempengaruhi pendapatan multinasional vendor
teknologi maklumat dari AS pada tahun ini," katanya. - BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan