Hanya Pakatan Harapan Mampu Hadapi BN

Dengan perkembangan politik yang berlaku sekarang, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada Pakatan Harapan bahawa hanya gabungan mega pembangkang itu sahaja yang mampu menghadapi Umno-BH dalam PRU14.

Oleh itu, rakyat mengharapkan supaya jangan melakukan sebarang kesalahan, malah perlu menjaga integriti supaya ia kekal sebagai entiti politik yang berwibawa.

Rakyat tidak yakin, betapapun sesebuah parti politik itu lama dalam usia, ramai jumlah ahlinya dan mempunyai sejarah panjang, tetapi ia dilhat dalam keadaan yang sangat meragukan dan mencetuskan pelbagaai kontroversi pula.

Maka keyakinan rakyat tidak tumpah kepada parti politik jenis ini.

Oleh itu, Pakatan Harapan, sebuah gabungan baru pembangkang, diberikan keyakinan oleh rakyat untuk berdpan dengan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Parti yang mendukung Pakatan Harapan -- KeADILan, DAP, AMANAH dan Bersatu – mempunyai latar belakang sejarah politik yang panjang dengan parti lama masing-masing.

Dengan itu kematangan hasil pengalaman yang panjang dan ber-warna warni ini sangat berguna dalam membina kekuatan Pakatan Harapan untuk mengharungi perjuangan panjang politik yang matlamatnya adalah membela rakyat.

Sementara itu, diyakini Pakatan Harapan akan menentang isu perkauman dan ekstremisme yang mungkin akan bergema sepanjang kempen PRU kali ini, berdasarkan pengalaman yang telah lalu.
Pakatan Harapan dengan KeADILan, DAP, AMANAH dan Bersatu dijangka akan memfokuskan mengenai derita harga yang kini semakin terbeban dengan kenaikan harga barang, cukai GST dan pelbagai lagi.

Rakyat sangat berhajat akan pembelaan parti politik yang bertanding. Maka di sini, jelaslah Pakatan Rakyat menjadi harapan untuk membela mereka.

Diberitakan Manifesto Pakatan Harapan yang kini hampir disiapkan akan menebarkan harapan untuk rakyat.

Pertama, tentunya ikrar untuk memulihkan ekonomi negara yang kini sangat berat dihadapi rakyat.
Dedak dan pelbagai habuan yang sudah dan akan ditaburkan oleh Umno-BN dalam pelbagai bentuk janji dan harapan yang mmenggunung tidak akan mampu mengalihkan realiti hidup rakyat yang semakin parah.

Maka itu, daripada laporan yang diterima mendapati bahawa sekali lagi rakyat mengharapkan Pakatan Harapan akan mampu mampu, sekurang-kurangnya meminimumkan derita rakyat ini
Dari itu komponen Pakatan Harapan sedang menghadapi cabaran besar untuk memenuhi harapan rakyat ini. Dalam masa yang sama, diharapkan tidak akan tercetus masalah besar atau krisis apabila tiba rundingan pembahagian kawasan dan kerusi di antara komponen Paakatan Harapan. Di sinilah ujian berat bagi gabungan mega pembangkang itu dalam mengekalkan perpaduan.

Oleh itu, wajar kiranya rundingan lebih awal mengenai pembahagian kerusi diadakan di antara komponen Pakatan Harapan. Ini supaya di saat akhir tidak ada lagi masalah mengenai perkara ini.
Tujuan Pakatan Harapan ialah untuk mengalahkan Umno-BN, maka itu rundingan mestilah berasaskan tolak ansur, adil, peluang cerah untuk menang dan sebagainya.

Kesimpulannya, rakyat sangat mengharapkan kekuatan dan perpaduan Pakatan Harapan untuk membela mereka yang kini menghadapi kehidu-pan yang sangat sukar.Ini peluang Pakatan Harapan untuk membuktikan kemampuannya
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan