"Kagum Dengan Tuhan Hannah Yeoh"?

Öleh R&D TEAM MRM 

Ada individu membuat laporan polis kerana risau cerita dalam buku 'Becoming Hannah' boleh mendorong pembaca dan juga dirinya kagum dengan Tuhan Hannah Yeoh.

Beliau juga meletakkan beberapa lagi sebab beliau membuat laporan polis tetapi kami hanya mahu fokus kepada KEKAGUMANNYA PADA TUHAN HANNAH.

Ini ulasan kami...

1. Sekadar membaca cerita dalam buku ini boleh membuatkan anda kagum akan Tuhan Hannah, maka sememangnya iman anda memang lemah.

2. Sekadar membaca cerita dalam buku ini boleh membuatkan anda kagum akan Tuhan Hannah, apakah tidak pernah anda membaca Surah Al-Ikhlas yang menyatakan 'Allah Tidak Memperanakkan & Tidak Diperanakkan'? Pelik bagaimana tiba-tiba anda kagum dengan tuhan yang beranak dan tuhan yang diperanakkan?

3. Bagaimanakah dengan membaca cerita dalam buku itu boleh mendorong anda kagum dengan tuhan sujud pada Tuhan yang lain? (Matt 26:39)

4. Bagaimana dengan membaca cerita dalam buku itu boleh mendorong anda kagum dengan tuhan yang dikhatankan pada hari ke-lapan? (Luke 2:21)

5. Bagaimana dengan membaca cerita dalam buku itu boleh mendorong anda kagum dengan tuhan yang mengatakan tidak mampu melakukan segala-galanya melainkan dengan bantuan dari Tuhan? (John 5:30)

6. Bagaimana dengan membaca cerita dalam buku itu boleh mendorong anda kagum dengan tuhan yang tidak tahu bila terjadinya hari kiamat? (Mark 13:32)

7. Bagaimana dengan membaca cerita dalam buku itu boleh mendorong anda kagum dengan tuhan yang kalah dalam gusti dengan makhlukNya? (Genesis 32:22-32)

8. Andai cerita di dalam buku itu mampu mendorong anda kagum dengan Tuhan Hannah, maka adakah kemungkinan anda tidak memahami Tuhan yang disifatkan di dalam Al-Quran yang sempurna dan bebas dari sebarang kelemahan? Jikalau anda faham Tuhan yang disifatkan dalam Al-Quran, nescaya anda tidak mungkin kagum dengan sifat Tuhan dalam buku itu.

9. Tahukah anda dengan anda mengatakan anda kagum dengan Tuhan Hannah, anda sebenarnya membuat orang Belum Muslim terutamanya Kristian mentertawakan Muslim seolah-olah akidah Muslim ini begitu rapuh. Mereka mengatakan Muslim lemah kerana akidah boleh goyang bila tengok salib dan baca cerita sebegitu dalam buku Hannah. Maaf, golongan seperti anda hanyalah minoriti tetapi kami percaya majoriti Muslim tidak lemah akidahnya.

KESIMPULAN

Jikalau ada tujuan lain laporan polis itu dilakukan selain dari risau Muslim (seperti anda) terdorong untuk kagum dengan Tuhan Hannah dan bukannya sebab agenda politik dan populis, anda tahu apa niat anda sendiri.

Andai kerana agenda politik, silakan tetapi usah membuatkan Muslim nampak rapuh hanya kerana agenda yang anda mahukan.

Andai kerana mencari populariti, maka gunakanlah cara lain selain dari menunggang di atas nama agama sehingga membuatkan Islam menjadi bahan gelak ketawa masyarakat.
R&D TEAM MRM
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan