Oleh Tun Mahathir
1. Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna
untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini
termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan
Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.
2. Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan
memesongkan tumpuan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada
menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka. Kononnya ketua bahagian
yang diberi watikah tidak baik, tidak mendapat sokongan ahli parti dan
rakyat. Kononnya ini semua disebabkan ada pemimpin tertentu.
3. Sekarang ia sudah naik ke tahap menolak kepimpinan tertinggi
parti. Kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut disingkir sebagai
presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya.
Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.
4. Kita semua tahu bahawa amatlah sukar untuk memujuk pemimpin UMNO,
terutama yang memegang jawatan dalam Kerajaan, menjadi Menteri
terutamanya meninggalkan UMNO. Kalau meninggalkan pun atau menjadi bekas
menteri, tidak sanggup mereka menyertai gerakan melawan UMNO. Sudah
tentu mereka tidak berani mendekat diri dengan parti seperti PPBM yang
secara lantang mendesak supaya Najib disingkir.
5. Tetapi Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana
menjadi Timbalan Presiden UMNO. Jika Najib turun kerana apa-apa sebab
Muhyiddinlah yang akan jadi Perdana Menteri.
6. Baginya dan bagi Shafie Apdal membenar diri disingkir dari
jawatan-jawatan menjadi korban yang amat besar. Umum tahu yang Muhyiddin
mengkritik Najib semasa masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Akhirnya dia disingkir.
7. Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan
jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri dari saya. Sebaliknya beliau
bersedia untuk bersama menubuh Parti Pribumi Bersatu dan menjadi
Presidennya. Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi Pengerusi
Parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya.
8. Banyaklah kerja yang dibuat oleh beliau untuk menjayakan Parti
Pribumi Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.
9. Jika hari ini ia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli
parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU 14.
10. Saya percaya mereka yang mencadang tindakan ini berhasrat untuk
menggagalkan perjuangan parti PPBM. Sekaligus mereka ingin lihat saya
gagal dan Najib berjaya.
11. Mereka yang mendakwa mereka sokong saya, sebenarnya adalah musuh
saya yang berjuang untuk Najib. Jika mereka teruskan usaha ini saya
bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada
tempat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan