Oleh Nasrudin Hassan
1. KEHARMONIAN negara sekali lagi
terganggu dengan kegagalan akhbar The Star memelihara sensitiviti agama
dan kaum dalam negara ini. Memaparkan gambar ummat Islam sedang
menunaikan ibadah solat berjamaah dengan tajuk "Malaysian terrorist
leader" adalah satu perbuatan yang sangat keterlaluan dan biadab.
2. Tidak memadai dengan hanya memohon maaf setelah menyiarkan
gambar sedemikian rupa yang cuba mengaitkan ummat Islam dengan
keganasan. Ini bukan kali pertama perlecehan agama dan sentimen kaum
dilakukan secara terbuka dan berani.
3. Sebelum ini Nanyang
Siang Pau telah mempersenda Presiden PAS dengan menggunakan karikatur
seekor monyet berserban. Telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia yang
sepatutnya hidup makmur dalam masyarakat berbilang kaum tanpa penghinaan
sedemikian rupa.
4. The Star gagal mempelajarinya. Masih
mengulangi kesilapan serupa. Nampaknya makin berani dan nekad.
Permohonan maaf setelah berkali-kali insiden serupa berlaku merupakan
satu lagi siri penghinaan.
5. Sampai bila kesabaran ummat
Islam mahu diuji sedemikian rupa? Kesabaran ummat Islam dicabar terus
menerus. Mereka cetus provokasi supaya keamanan dan kemakmuran negara
tergugat?
Kemudian mereka akan jadikan ummat Islam sekali lagi sebagai
kambing hitam?
6. Kerajaan mesti serius dalam isu sebegini.
Jangan bertindak secara lebih kurang. Jangan beri muka berulang kali
kepada penghinaan Islam dan provokasi terhadap ummatnya.
7.
Persoalannya kenapa mereka makin berani? Sama ada mereka semakin angkuh
dengan sokongan ekonomi dan politik yang mereka perolehi atau ummat
Islam semakin lemah kerana berpecah sesama sendiri.
8. Namun
kami yakin dan percaya, sikap berani mereka yang melebihi had dalam
mempersenda ummat Islam ini akan memerangkap diri mereka sendiri.
9. Sementara itu, semua pihak diseru supaya berhenti dari melakukan
sebarang percubaan untuk menguji kesabaran ummat Islam. Jangan terus
mencetus provokasi. Kerana provokasi itu tidak selamanya memberi
keuntungan kepada mereka.
10. Kembalikan keamanan dan
keharmonian negara dengan semua pihak khasnya media saling hormat
menghormati dan memelihara sensitiviti keagamaan serta perkauman. Kami
tidak mahu The Star mengambil sikap sama seperti DAP yang anti Islam
mengekspkoitasi isu, kerana kami yakin di luar sana ramai non muslim
yang tidak bersetuju dengan sikap seperti ini.
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassanb
Ketua Penerangan PAS Pusat
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan