Menelurusi Konsep 'Politik Matang' Presiden PAS

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad 

Kalau anda masih lagi mencari-cari erti atau makna 'Politik Matang dan Sejahtera' yang diwawarkan Pas mutakhirmutakhir ini, anda kini boleh menarik lafaz lega. Kehadiran Presiden Pas Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian danIndustri Asas Tani di perairan Pulau Kapas baru-baru ini mendapat ulasan paling jelas dari Haji Hadi sendiri.

Beliau menyebutkan: "Terima kasih kerana beri peluang untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang". Menyambung lagi, "Kerjasama hari ini (Pas dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti ber-sama".

Haji Hadi tidak perlu meyakinkan rakyat bahawa beliau mengambil langkah pertama dalam melaksanakan 'politik matang' dengan kehadirannya itu. Sebabnya jelas. Kerana itu bukan langkah pertama politik matang beliau. Haji Hadi telah beberapa kali hadir, dan pernah berpakaian sedondon bersama Perdana Me-nteri, Datuk Seri Najib Razak. Lalu apakah 'politik matang' hanya sekadar kehadiran bersama pimpinan tertinggi di atas pentas satu sama lain? Seperti juga DS Jamil Khair hadir di atas Perhimpunan Ungu RUU 355 di padang Merbok. Jamil berkebetulan adalah defendan bersama Yapeim, yang disaman Yayasan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) se-banyak RM20 juta kerana didakwa salahguna kuasa. Pastinya tidak! Itu adalah kerja-buat atau ma-nifestasinya sahaja.

'Politik Matang' adalah lebih mendalam dari itu. Penulis tegas mengata-kan bahawa 'Politik Matang' adalah 'ijtihad pemikiran politik' Haji Hadi paling canggih dan berani dalam pengalaman beliau memimpin sebuah parti lslam.

Benar Haji Hadi banyak menulis buku dan benar juga beliau satu masa dahulu adalah pe-midato yang dikagumi, namun berbicara tentang 'ijtihad pemikiran politik' yang secara 'originalnya' milik beliau, sememang sukar untuk dicari atau lebih tepat lagi tidak ada. Maaf itu seikhlasnya.

Kalau beliau mendakwa bahawa konsep 'Tahaaluf Siyasi' itu beliau pelopori, maka pastinya itu satu kesalahan fakta. Almarhum Ustaz Fadzil Noor (AUFN) 'terpaksa' membuat per-temuan ulama gerakan antarabangsa di United Kingdom, ketika bercadang untuk mengorak langkah berkerjasama dengan lebih konkrit lagi dengan parti-parti bukan Islam (yakni me-ngadakan Tahaluf Siyasi) sebaik sahaja era Gerak dan Reformasi meletus. Ia berakhir de-ngan penubuhan Barisan Alternatif (BA).

Perkara ini terbaiknya akan ditentu sahkan oleh seorang pimpinan veteran Pas Dr Daeng Sanusi mengikut versinya yang kami rakamkan (Qaul Qadim). Mungkin sahaja beliau ada pandangan barunya (Qaul Jadid). Tinggalkan perihal 'Tahaluf Siyasi' sebentar. Sehampirnya 'ijtihad pemikiran politik' yang dihasilkan oleh Haji Hadi adalah 'Kerajaan Perpaduan'.

Justeru tidak pernah diolah dan di-tulis sebagai satu 'konsep-tasawur' atau 'metodologi-manhaj' yang jelas dan tuntas dalam rangka 'Perubahan-Islah-Change' maka sejarah tidak dapat menilainya secara adil dan ilmiah.

Setelah simpang-siur pemikiran itu berputik dan berakhir dengan keberantakan sehingga menyaksikan tercampak keluar dua tokoh besar Pas yakni Datuk Hassan dan Ustaz Nasharuddin Mat Esa, pemikiran 'Kerajaan Perpaduan' masih tidak reda lalu menghantui banyak pihak di dalam Pas sehingga kini.

Paling hampir untuk debat dan perbahasan menjadi realiti untuk dibawa ke satu Muktamar Khas, seperti dipinta Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (ATGNA), adalah sebaik sahaja selepas PRU ke-12 yakni 2009.

Beberapa peristiwa dan langkah-langkah 'unilateral atau tanpa pengetahuan pimpinan lain' yang dilakukan Hassan Ali dan Nasharuddin dengan pimpinan tertinggi Umno, kononnya mendapat restu dari Haji Hadi selaku Presiden, menjadi sebab mengapa ATGNA mahukan isu Kerajaan Perpaduan ditangani secara bermuktamar.

Ketika itu semua pimpinan Pas jelas bahawa Muktamar adalah badan tertinggi memutuskan segala dasar. Kini nampaknya berbeza. Amat malang buat Haji Hadi ,Muktamar Khas tersebut tidak menjadi kenyataan. Ada pihak yang dikatakan takut untuk berdepan bagi membahas segalanya secara tuntas dan muktamad.

Ya, isu yang kerap menyerang hendap pada saat-saat tertentu pimpinan Pas leka. Terlepas peluang Haji Hadi membentang-kan 'naratif'nya yang sebenar apa itu 'Kerajaan Perpaduan'. Program tersebut digantikan dengan satu program khas menseminarkan konsep 'Kerajaan Perpaduan' - tema yang diangkat Pas sebagai 'battle-cry' dalam PRU Ke-12 (2008), yang sekaligus menutup persepsi buruk rakyat khasnya Bukan-Melayu dan Bukan-Islam ter-hadap 'Dokumen Negara Islam' (DNI).

Buat yang peka dan tidak mudah lupa, kajian post-mortem PRU ke-11 (2004), dimana Pas mengalami keputusan buruk selepas menang besar pada PRU Ke-10 (1999) mendapati faktor dominan kekalahan Pas mengikut kajian 'fokus group' adalah 'Pelancaran DNI dan kegagalan mengurus penerangannya'.

Pusat Penyelidikan Pas (PPP) berusaha merubah persepsi buruk ini dengan mengguna-kan 'Strategi Menyah Prajudis' (Strategy of Innoculation) pada PRU ke-12 dengan Manif-esto 'Negara Berkebajikan' dan slogan keramat 'PAS FOR ALL'. Runtuh pelbagai tembok prasangka dan kekhuatiran pihak bukan-Melayu dan bukan-Islam serta juga golongan Melayu-Islam yang mula menyokong Pas sehingga dapat dibawa momentumnya ke PRU 13 (2013).

Namun sejujurnya lagi, sementara pemikiran 'Negara Berkebajikan' tampil pada era kepim- Namun sejujurnya lagi, sementara pemikiran 'Negara Berkebajikan' tampil pada era kepimpinan Haji Hadi, apakah beliau sebenar-benar-nya menyokong konsep dan tasawur itu? Penulis masih ingat kata-kata pujian Dr Mohammed Nor Manuty yang berucap di seminar khas itu menegaskan bahawa 'Negara Berke-bajikan' adalah Ijtihad Gerakan dan PartiIslam Pas yang paling kontemporari dan tepat dengan waqi' serta realiti negara majmuk ini.

Namun sehingga kini penulis masih sangsi atau tidak tahu sebenar-benarnya di mana letak duduk Negara Berkebajikan ini? Menilai dari ucapan dan tulisan pemimpin Pas mutakhir ini, Pas sudah kembali memperjuangkan misi menubuhkan 'Negara Islam' dengan segala isi dan kehendak dokumen yang disunting oleh Majlis Syura setelah mengambil alih dari PPP setelah meninggal AUFN.

Pun begitu, umum ingin juga tahu apa se-benar-benarnya ijtihad pemikiran 'Politik Matang & Sejahtera' pemikiran Haji Hadi ini? Buat penulis, andainya benar-benar Haji Hadi jujur untuk mempeloporinya dan mengada vokasikannya maka beliau harus terlebih dahulu bersedia untuk melakukan satu perkara besar dan maha penting.

Haji Hadi mesti bersedia untuk 'menarik balik dan membatalkan' apa yang sehingga kini dikenali dengan jolokan 'Amanat Haji Hadi'. Doktrin yang telah mewarnai landskap politik tanah air yang bersifat 'permusuhan dan per-seteruan tajam' khasnya antara pemimpin dan penyokong Pas dan Umno, berdekad-dekad lamanya mesti dibatalkan secara rasmi dan di-kuburkan buat selama-lamanya.

Haji Hadi mesti bersedia menerima hakikat dan tuntutan apa yang beliau sebutkan di atas tadi, "Terima kasih kerana beri peluang untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang".

 Apakah makna dan erti "kembali semula" yang dimaksudkan Haji Hadi? Apakah "kembali semula" itu seperti amalan dan pemikiran pimpinan terdahulu sebelum beliau seperti Dr Burhanuddin Hilmi, Profesor Zulkifi Mohammad, Pak Sheikh Yusuf Rawa, ATGNA atau AUFN. Semua pimpinan ini tidak membawa ittijah atau trend pemikiran yangmudah menjatuhkan hukuman 'takfir' kepada pihak lawan sehingga membawa perpecahandalam masyarakat Islam.

Perhatikan kembali Amanat Haji Hadi pada tahun 1981 ini... kesan dan akibat politik takfir dan melabel... 'tegasnya perpecahan dalam masyarakat' masih punya kesan dan bahana di sesetengah kawasan di Terengganu sehingga kini seperti Besut, Setiu dan lain-lain.

Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan(menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalahsyahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. 

Pun begitu, penulis akan meneliti seterusnya bagaimana kini Haji Hadi telah membuka lembaran baru yang tidak kurang buruk dan negatifnya buat negara ini dalam menganjurkan 'Politik Matang'.
Sekaligus ini menajamkan konfik antara agama yang diadunkan dalam bingkai ras-etnik dengan doktrin Ketuanan Melayu-lslam. RUU355 adalah wahananya dan Umno men-gambil kesempatan ini untuk mencati talian hayatnya. Bagaimana 'Politik Matang' bakal mencorak persaingan dalam PRU ke14 dan menentukan dinamika pertandingan serta keputusan pilihan raya nanti.Tunggu dan baca seterusnya bahagian kedua. Insya Allah
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan