Jangan Dengar Khabar Angin Ransomware - ABM

KUALA LUMPUR: Mesej elektronik mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan pengeluaran wang automatik (ATM) kemungkinan disebabkan serangan ransomware, yang tular di media sosial sekarang ini adalah tidak benar, kata Persatuan Bank-Bank Malaysia  (ABM).

Persatuan itu berkata, bank yang menawarkan perbankan dalam talian/Intenet dan perkhidmatan ATM kini beroperasi seperti biasa.

“Manakala sesetengah bank di seluruh negara mungkin mengalami gangguan sekali-sekali dalam tempoh ini. Gangguan perkhidmatan ATM itu mungkin disebabkan masalah penyelenggaran biasa seperti keperluan pengisian semula mesin atau pengurusan sistem rutin,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

ABM berkata, industri perbankan komersil memandang serius hal-hal keselamatan siber dan sentiasa berwaspada dalam menguruskan risiko berkaitan perkara itu.


Usaha dibuat secara berterusan bagi memastikan langkah kawalan yang sesuai serta amalan terbaik melibatkan mekanisme pemeriksaan dan penyeimbangan rapi dengan pemantauan transaksi yang tepat pada masanya, tambah ABM.-Bernama
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan