Oleh Rafizi Ramli
Saya terkejut membaca laporan berita yang memetik Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) iaitu Wan
Kamaruzaman Wan Ahmad sebagai berkata “beliau tidak bimbang dengan
hutang RM4 bilion yang diberikan kepada SRC kerana ia dijamin kerajaan”.
Untuk pengetahuan umum, KWAP telah memberikan pinjaman sebanyak RM4
bilion kepada SRC ketika syarikat itu masih menjadi anak syarikat 1MDB.
Setelah pelaburan SRC tidak berjaya dan laporan audit terakhir
menunjukkan bahawa sebahagian besar pelaburan SRC juga sama tarafnya
dengan pelaburan 1MDB yang tidak dapat dijejaki;
(Rujuk:
http://rafiziramli.com/…/pelaburan-src-sebanyak-rm3-81-bil…/
http://rafiziramli.com/…/src-international-rugi-rm164-juta…/
http://rafiziramli.com/…/src-mencatat-susutnilai-pelaburan…/
http://rafiziramli.com/…/pelaburan-src-alami-susutnilai-rm…/)
Dato’ Seri Najib sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab telah
membuat keputusan mengambil alih sepenuhnya SRC dari 1MDB dan
dimiliknegarakan sebagai anak syarikat Kementerian Kewangan
Diperbadankan. Kini, hutang RM4 bilion itu adalah hutang yang ditanggung
oleh rakyat.
Sebab itu saya ingin menegur CEO KWAP supaya lebih
prihatin dengan perasaan rakyat yang tidak gembira bila wang cukai GST
yang sepatutnya dibelanjakan kepada mereka, akhirnya digunakan untuk
menanggung hutang-hutang SRC yang dananya telah hilang entah ke mana.
Saya telah lama meneliti kedudukan kewangan KWAP kerana saya bimbang
kesan pelaburan dan pinjaman yang diberikan kepada kemampuan kerajaan
membayar pencen rakyat di masa akan datang.
Jika CEO KWAP tidak
menampakkan rasa runsing dan kecewa dana KWAP telah disalahgunakan
sehingga menyebabkan rakyat menanggung hutang itu, saya ada hak untuk
mempersoalkan sama ada CEO KWAP akan berhati-hati di masa akan datang
dalam menentukan pelaburan atau pinjaman kepada projek-projek dari
Putrajaya yang risiko penyelewengannya tinggi (seperti mana pernah
berlaku dalam kes SRC).
Apatah lagi dalam keadaan prestasi
kewangan KWAP sejak 2010 sehingga 2015 (penyata kewangan diaudit yang
terakhir yang diumumkan) menunjukkan penurunan keuntungan bersih atas
pelaburan yang mendadak.
Saya sertakan petikan skrin prestasi
kewangan 5 tahun yang disiarkan di dalam laporan penyata kewangan KWAP
yang diaudit bagi tahun 31 Disember 2014 dan 31 Disember 2015, seperti
berikut:
Tabung pencen atau dana pelaburan tidak diukur
berdasarkan berapa besarnya saiz dana. Dalam kes KWAP, caruman yang
perlu dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan badan berkanun adalah
ditetapkan secara undang-undang. Lebih tinggi kos penggajian setiap
tahun, lebih tinggilah caruman kepada KWAP dan saiz dana KWAP akan
meningkat sama.
Oleh sebab itulah, ukuran sebenar prestasi pelaburan dan tata kelola KWAP boleh dilihat kepada 2 perkara berikut:
1. Pulangan atas pelaburan kasar (gross return on investment/Gross ROI)
– pulangan atas pelaburan kasar KWAP telah susut secara berterusan dari
7.07% (2010) kepada 5.4% (2015).
2. Kadar pulangan perakaunan
(accounting rate of return/Net ROI) – pulangan bersih berdasarkan kadar
pulangan perakaunan menunjukkan prestasi keuntungan KWAP terus susut
secara berterusan dari 7.34% (2010) kepada 3.26% (2015).
Pulangan
atas pelaburan bolehlah difahami sebagai dividen yang diumumkan oleh
ASB, Tabung Haji atau KWSP atas simpanan kita di tabung-tabung tersebut.
Sudah tentu bila kadar keuntungan (dividen) yang diumumkan terus turun
sehingga menjadi separuh (dari 7.34% dalam tahun 2010 kepada 3.26% dalam
tahun 2015), itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Namun, saya
lebih bimbang kerana KWAP tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada
kemampuan kerajaan membayar pencen walaupun ia bertanggungjawab
menguruskan dana agar (sepatutnya) ada wang yang mencukupi untuk
membayar pencen.
Berbeza dengan tabung pencen swasta, sebarang
kekurangan dana oleh KWAP untuk membayar pencen akan ditampung
sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dari hasil Kerajaan Persekutuan,
seperti diperuntukkan di dalam Seksyen Akta KWAP 2007 (seperti lampiran
berikut):
Ini menimbulkan risiko besar kerana pengurusan
KWAP tidak bertanggungjawab kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan
membayar pencen kepada pesara kerajaan.
Malah, laporan kewangan
KWAP yang diaudit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ada laporan
aktuari yang dilampirkan bersama. Laporan aktuari adalah laporan
terpenting mana-mana dana pencen di dunia yang perlu dibuat setiap 3
hingga 5 tahun sekali (bergantung undang-undang negara itu) untuk
menunjukkan sama ada jumlah wang yang ada di dalam tabung pencen itu
mencukupi untuk membayar pencen dalam satu tempoh masa akan datang yang
ditetapkan.
Ini untuk mengelakkan keadaan bila mana berlaku satu
kekurangan dana yang hanya dikesan setelah terlambat; lalu menyebabkan
pesara-pesara tidak mendapat bayaran pencen mereka.
Setelah
meneliti laporan kewangan KWAP setakat ini, saya tidak dapat mengesan
mana-mana bahagian yang menerangkan sama ada jumlah dana yang ada
(melebihi RM120 bilion) itu mencukupi untuk membayar tanggungan pencen
pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, saya meminta supaya
CEO KWAP menenangkan kerisauan rakyat dengan menyiarkan semua laporan
aktuari yang boleh mengesahkan bahawa dana KWAP adalah mencukupi untuk
menanggung bayaran pencen rakyat dalam masa akan datang.
Beliau perlu menjawab soalan-soalan ini:
1. Bila kali terakhir laporan aktuari bertauliah dibuat?
2. Adakah ada defisit kepada dana KWAP (berdasarkan laporan aktuari
itu) itu memenuhi tanggungan bayaran pencen semua pesara kerajaan?
3. Berapa suntikan dana tambahan yang perlu ditanggung Kerajaan Persekutuan sekiranya ada defisit?
Sekiranya beliau tetap berdiam diri, maka saya akan menggunakan kaedah
usul di Parlimen untuk mendapatkan laporan aktuari terperinci agar saya
dapat membantu rakyat memastikan skandal-skandal 1MDB (termasuk wang
pencen rakyat RM4 bilion yang hilang entah ke mana melalui SRC) tidak
menyebabkan KWAP tidak berkemampuan menanggung tanggungan pencen rakyat
di masa akan datang.
Rujukan dan dokumen-dokumen sokongan:
https://drive.google.com/…/fo…/0B5_oyhuIPtOjd3hfdnBnX1preFE…
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Home / Fokus Isu
/ Kedudukan Dana KWAP Tidak Semestinya Boleh Menampung Tanggungan Bayaran Pencen Rakyat
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan