Oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
1. Perasaan gembira bercampur duka dirasai setelah keputusan PAS untuk
tidak menarik diri dan terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri
Selangor bersama parti DAP dan PKR yang didakwa oleh Majlis Syura Ulamak
PAS sebagai parti (pihak) yang "menentang agenda Islam PAS".
Keputusan
PAS itu dibuat dengan bersandarkan kepada keputusan YAB Datuk Seri
Azmin Ali Menteri Besar (MB) Selangor yang mahu mengekalkan semua Exco
dari PAS dalam kabinet MB Azmin Ali.
2. Saya teruja,gembira dan
bangga kerana PAS terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri
Selangor. Ianya bukan sahaja semata-mata mengekalkan 3 Exco tetapi
secara langsung turut mengekalkan lebih dari 5 ribu ahli PAS yang
menjawat pelbagai jawatan lantikan politik sejak PAS bersama dalam
pentadbiran kerajaan negeri Selangor
Ini suatu yang sudah tentu
membuatkan lebih 5 ribu ahli PAS yang terlibat 'menarik nafas lega'
kerana banyak manfaat dan faedah yang mereka perolehi sejak tertubuhnya
Kerajaan Pakatan Rakyat dahulu.Diyakini juga ahli dan penyokong PAS
turut juga gembira juga dengan keputusan PAS untuk tidak menarik diri
dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor serta memperlihatkan ada
sedikit sebanyak kesungguhan PAS untuk belajar dari kesilapan membuat
keputusan bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR
3. Saya
percaya Yb Datuk Iskandar Samad Naib Presiden PAS telah berjaya
mempengaruhi keputusan untuk tidak menarik diri dari pentadbiran
kerajaan Selangor seperti mana yang pernah dituduh oleh Dewan Ulamak
PAS dalam kenyataan Pengarah Penerangan Lujnah Penerangannya iaitu Ust
Najhan Abdul Halim yang menyindir kenyataan Adun dan Ahli Parlimen PAS
dengan menyenarai 10 perkara melalui postingnya dalam facebook beliau
pada July 2016 dengan menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam
jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."
"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."
Antara yang disenarai Najhan dalam 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat PAS Selangor itu adalah seperti berikut:
1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripada jawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8.Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.
4. Kenyataan Najhan itu telah dibalas oleh Datuk Iskandar yang
merupakan Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor ketika
itu dalam posting di facebooknya pada Julai 2016 dengan menyatakan
"golongan ini (ulamak) umpama masih berada dalam 'perigi buta' sejak
PRU tahun 2008 kerana tidak melihat banyaknya manfaat yang PAS dapat"
Kenyataan Iskandar ini memperlihatkan keputusan PAS untuk 'kekal
bersama'dalam kerajaan negeri Selangor bersama DAP dan PKR walaupun
hubungan telah diputuskan atas alasan menentang agenda Islam yang dibawa
PAS menggambarkan *seolah-olah menganggap keputusan Muktamar dan
Majlis Syura Ulamak PAS yang seakan mahu menarik PAS kembali terjun ke
dalam 'perigi buta' (telaga buruk)
5.Rakyat,ahli,penyokong PAS
dan saya sendiri berduka kerana PAS sedang berhadapan dengan kesan
dari kesilapan memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR dan kekal didalam
Kerajaan Selangor dengan berketuakan Menteri Besar dari parti PKR yang
didakwa menentang agenda Islam PAS*.Disamping itu PAS juga telah
mengisytiharkan perang pada PRU ke 14 akan datang untuk menentang
Pakatan Harapan termasuk di negeri Selangor yang mana PKR, AMANAH,PPBM
dan DAP adalah ahli gabungan pakatan didalamnya.
Oleh
demikian,berdasarkan congakan 'ilmu hisap' politik adalah *sukar untuk
PAS berada di luar 'perigi buta' selepas PRU14 nanti sekiranya PAS
mengambil jalan untuk menentang BN dan dalam masa yang sama menentang
Pakatan Harapan.
6. Masih belum terlambat untuk PAS menyemak
kembali keputusan untuk tidak bersama dan menyertai Pakatan Harapan
Apa
yang PAS perlu sedar adalah menyertai PRU ke14 dengan tiga penjuru
tidak menguntungkan PAS sebaliknya Pakatan Harapan akan berjaya
memposisikan kedudukkan politik masa depan negara bagi mengambil alih
kuasa dari Umno Bn.
Rakyat mahukan kuasa politik baru di
mertabatkan dengan mengalalahkan Umno Bn dan rakyat juga tidak akan
membuang masa serta tenaga untuk mengundi PAS yang hanya sekadar
berminat bertanding 80 ke 100 kerusi serta mensasarkan kemenangan 40
kerusi parlimen yang sudah pasti tidak dapat membentuk kerajaan
kerana masyarakat umum telah memahami bahawa untuk membentuk kerajaan
mesti memenangi 112 kerusi dari 222 kerusi Parlimen yang
dipertandingkan.
Saya sependapat dengan Datuk Iskandar Naib Presiden PAS tak mahu melihat PAS kembali 'perigi buta' (telaga buruk).
#JauhiPerigiButa
#JanganTerjunTelagaBuruk
#BersamaTerbangDiawanBiru
Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Taman AlWalid Alor Setar
1 Jun 2017/6 Ramadzan 1438H
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan