Oleh Abdul Hadi Awang
Al-Quran
yang menjadi petunjuk mempamerkan ayat-ayat yang banyak melarang umat
Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah
dalaman mereka.
Sebarang permasalahan dalaman umat atau
negara diselesaikan sendiri, sama ada betul atau salah atau adanya
kelemahan dalaman walaupun zalim, maka dipikul sendiri dengan penuh
kesabaran.
Akhirnya selesai dengan selamat, kerana bencana menerima
campur tangan asing lebih besar akibat dan buruknya pula berpanjangan.
Sebijak-sebijak akal tanpa petunjuk wahyu akhirnya tersesat juga.
Dalam
lipatan sejarah Tamadun Islam, kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol
tertangguh beberapa abad apabila salah seorang pemimpinnya, Ibnu Abbad
yang menentang cadangan menjemput campur tangan asing, dengan tegas
beliau menyatakan:
“Bahawa saya lebih rela menjadi gembala unta
kepada yang zalim kalangan kita daripada menjadi gembala babi kepada
pihak bukan kita”
Namun, Islam yang bertapak di Sepanyol selama
lapan abad akhirnya kecundang apabila ada kalangan rajanya menjemput
pihak asing supaya membantu memenangkannya dalam krisis dalaman.
Akhirnya cahaya Islam dipadamkan di Sepanyol sehingga kini.
Dalam
sejarah Alam Melayu pula, ada kalangan sejarawan kita melaporkan
bahawa kejayaan penjajah menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam Melaka
apabila adanya sekelompok tertentu yang menjemput penjajah supaya
menjatuhkan kerajaan atas sebab kemungkinan adanya kesalahan atau
kezaliman, tetapi akibatnya selepas itu seluruh rantau nusantara dijajah
dan dibahagikan buminya oleh penjajah selepas hilangnya kedaulatan
Islam.
Begitulah juga, jangan kita mengulangi sejarah dengan
menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti
BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak
gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara
asing.
Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita
sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.
Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung
sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf.
Adapun pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan kita.
Cukuplah
kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum
sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau
membuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita.
Firman Allah SWT:
أَلَمۡ
تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ بِمَآ أُنزِلَ
إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓاْ
إِلَى ٱلطَّٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوٓاْ أَن يَكۡفُرُواْ بِهِۦۖ وَيُرِيدُ
ٱلشَّيۡطَٰنُ أَن يُضِلَّهُمۡ ضَلَٰلَۢا بَعِيدٗا ٦٠ وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ
تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَيۡتَ
ٱلۡمُنَٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودٗا ٦١ فَكَيۡفَ إِذَآ
أَصَٰبَتۡهُم مُّصِيبَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡ ثُمَّ جَآءُوكَ
يَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ إِنۡ أَرَدۡنَآ إِلَّآ إِحۡسَٰنٗا وَتَوۡفِيقًا
٦٢ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمۡ
فَأَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ وَعِظۡهُمۡ وَقُل لَّهُمۡ فِيٓ أَنفُسِهِمۡ قَوۡلَۢا
بَلِيغٗا ٦٣ النساء .
“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (wahai
Muhammad SAW) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah
beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada
(Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu?
"Mereka
suka hendak berhakim kepada Taghut (diluar daripada Madinah), padahal
mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan
Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang
amat jauh. (60)
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah
berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan
kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu
berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh
daripada menghampirimu. (61)
"Maka bagaimana halnya apabila
mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah
dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu
sambil bersumpah: Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki
melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah).
(62)
"Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan
apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada
mereka dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata
yang boleh memberi kesan pada hati mereka). (63) (Surah An-Nisa’:
60-63)"
Sebab turunnya ayat ini kerana seorang yang mengaku
Islam dikalangan Ansar bertelingkah dengan seorang Yahudi (bukan Islam)
dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang tidak memberi kemenangan
kepadanya, lalu dia mengajak si Yahudi itu membawa perkara tersebut
kepada pihak luar daripada Madinah.
Kesilapan kita kerana tidak
menyelesaikan masalah dengan cara petunjuk Allah iaitu Islam. Bukan
caranya menjemput pihak asing yang pasti tidak beriman dan budiman.
Saya
yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri
urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya, di mana moral
mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti
juga tanpa iman dan budiman.
Firman Allah:
نَّ ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ
ٱزۡدَادُواْ كُفۡرٗا لَّمۡ يَكُنِ ٱللَّهُ لِيَغۡفِرَ لَهُمۡ وَلَا
لِيَهۡدِيَهُمۡ سَبِيلَۢا ١٣٧ بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ
عَذَابًا أَلِيمًا ١٣٨ ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ
مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ
ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا ١٣٩ النساء
“Sesungguhnya orang-orang
yang beriman, kemudian mereka kufur, kemudian mereka beriman semula,
kemudian mereka kufur sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah
lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun
kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke
jalan yang benar. (137)
"Sampaikanlah khabar berita kepada
orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab
seksa yang tidak terperi sakitnya; (138) (Iaitu) orang-orang yang
mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan
orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik)
mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana
sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah,
(diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (139) (Surah
An-Nisa’: 137-139)"
Kita adalah pendakwah mengajak manusia kepada
Islam dan menyelamatkan seseorang Islam yang ada di dalam dirinya
sifat munafiq dalam kawasan dan sempadan kita.
Rasulullah SAW
pernah bersabda kepada seorang sahabatnya yang kuat beriman, tiba-tiba
melakukan kesalahan yang besar kerana menghina rakannya:
يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ سنن أبي داود للسجستاني (4 / 504)
“Wahai
Abu Zar! Kamu ini seorang yang masih ada pada dirimu sifat jahiliyah”.
Namun Abu Zar RA tetap dikira kalangan para sahabat yang terbilang.
Allah
pernah menurunkan firman-Nya kepada seorang sahabat, Hatib bin Abi
Baltaah RA yang bertaraf ahli Badar yang mulia kerana memberi maklumat
kepada musuh dengan firman-Nya:
يُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا
تَتَّخِذُواْ عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمۡ أَوۡلِيَآءَ تُلۡقُونَ إِلَيۡهِم
بِٱلۡمَوَدَّةِ وَقَدۡ كَفَرُواْ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلۡحَقِّ
يُخۡرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمۡ أَن تُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ رَبِّكُمۡ
إِن كُنتُمۡ خَرَجۡتُمۡ جِهَٰدٗا فِي سَبِيلِي وَٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِيۚ
تُسِرُّونَ إِلَيۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعۡلَمُ بِمَآ
أَخۡفَيۡتُمۡ وَمَآ أَعۡلَنتُمۡۚ وَمَن يَفۡعَلۡهُ
مِنكُمۡ فَقَدۡ ضَلَّ
سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ ١ الممتحنة
“Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat,
dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia
orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada
di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar
terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah
mengeluarkan Rasulullah (SAW) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah
Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah
kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada
jalan-Ku dan untuk mencari keredaan-Ku. (Tidak ada sebarang faedahnya)
kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia,
sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang
kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan
perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan
yang betul” (Surah Al-Mumtahanah: 1)
Umat Islam juga perlu
memahami situasi hubungan antarabangsa terkini supaya dapat menilai
sikap mereka terhadap mana-mana negara yang paling suka campur tangan
dalam urusan negara lain dan negara yang paling dominan melebarkan
Islamofobia. Selain itu juga, wajib memahami batas-batas sempadan
hubungan dengan semua pihak dalam masyarakat majmuk disemua peringkat
tanpa menghakiskan maruah umat dan menjatuhkan kedaulatan negara.
Sabda Rasulullah SAW supaya mencegah kemungkaran secara bijaksana:
مَثَلُ
القَائِمِ في حُدُودِ اللهِ وَالوَاقعِ فِيهَا ، كَمَثَلِ قَومٍ
اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَصَارَ بَعْضُهُمْ أعْلاها وَبَعْضُهُمْ
أَسْفَلَهَا ، وَكَانَ الَّذِينَ في أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوا مِنَ
المَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقهُمْ ، فَقَالُوا : لَوْ أنَّا خَرَقْنَا
في نَصِيبِنَا خَرْقاً وَلَمْ نُؤذِ مَنْ فَوقَنَا ، فَإِنْ تَرَكُوهُمْ
وَمَا أرَادُوا هَلَكُوا جَميعاً ، وَإنْ أخَذُوا عَلَى أيدِيهِمْ نَجَوا
وَنَجَوْا جَميعاً . رواه البخاري.
“Bandingan orang yang menjaga
sempadan Allah (mencegah kemungkaran) dan mereka yang jatuh ke dalamnya
(melakukan kemungkaran) laksana satu kaum yang berada di atas bahtera.
Maka sebahagian daripada mereka berada ditingkat atas dan sebahagian
lagi berada dipetak bawah. Mereka yang berada dipetak bawah apabila
mahukan air terpaksa melalui mereka yang berada di atasnya.
Lalu mereka
berkata: “Kalau kita tebukkan kapal ini untuk mendapatkan air tanpa
mengacau mereka yang berada di atas”. Maka kalau dibiarkan kapal itu
ditebuk mengikut kemahuannya nescaya semuanya mati tenggelam, kalau
dihalang tindakan itu nescaya semuanya selamat”.
Kalaulah yang
berlaku itu kerana satu kemungkaran yang nyata, beginilah akibatnya.
Kalau yang berlaku itu adalah fitnah, maka celakanya lebih parah.
PAS
terus bersabar walaupun sudah berlalu zaman setengah abad dan
seterusnya, menukar pemimpin yang telah meninggal dunia dengan
beristiqamah dan mereka yang tidak beristiqamah meninggalkan PAS juga
tidak sampai ke matlamat dunia pun. Kerana wawasan kita mencapai
keredaan Allah sehingga ke liang lahad dan hari kebangkitan semula
bertemakan firman Allah:
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ
عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ
ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٠٥
التوبة.
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan
segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang
yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib
dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu
telah kerjakan” (Surah At-Taubah: 105)
Kita tidak ditanya
mengapa belum menang, tetapi kita ditanya adakah sudah beramal dan
berjuang atau tidak untuk meraih janji-janji kemenangan bersyarat yang
mampu mengisi erti kemenangan sebenar bukannya kemenangan kosong, atau
kita berjuang untuk menggantikan kemungkaran dengan menegakkan
kemungkaran juga?
Tugas kita adalah mengajak manusia
sebanyak-banyaknya kepada Islam, bukan sekadar menjatuhkan pemimpin dan
berebut jawatan. Bahkan mengajak kepada islah pemimpin dengan
melahirkan pemimpin yang tegak bersama hidayah, bukannya bergantung
kepada jibayah.
Sabda Rasulullah S.A.W. kepada menantunya Ali bin Abi Talib KWH:
فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ. متفقٌ عَلَيْهِ
“Demi
sesengguhnya kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah
Allah lebih baik daripada mendapat kenderaan paling mahal harganya”.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG adalah presiden PAS.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan