Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. "Carilah hujah lain untuk menentang kami. Sedangkan kita lihat 13
kali PRU, sekali sahaja PAS tak lawan Umno iaitu pada tahun 1974. PRU
yang lain kita lawan BN." Demikianlah kata Idris Ahmad utk kawal
kerosakan yg sedang ditanggung oleh Pas kini akibat sikap pemimpinnya yg
membawa parti itu menjadi pasangan tanpa nikah Umno.
2. Kata
Idris tu betul. Atas sebab itulah, dulu-dulu kami masuk Pas. Tak akan
ada orang mahu masuk Pas, berkorban segala-galanya, masuk penjara, kalau
bukan kerana Pas lawan Umno. Kalau tak mau lawan Umno, baik masuk Umno
saja. Itu juga asas penubuhan APU, BA, Gerak, Bersih dan PR.
3.
Isunya sekarang ialah, pemimpin Pas cakap lain, tapi bikin lain. Cakap
lawan Umno, tapi beri oksigen kpd Umno. Setakat bergambar dgn pemimpin
Umno, berpegang tangan dgn Najib dan tak serang Najib, memanglah bukan
hujah yg kuat utk kata Pas tak lawan Umno.
4. Hujah yg paling
kuat ialah apabila melalui muktamar, Pas putuskan muafakat politik dgn
Keadilan dan DAP. Hasilnya ialah terbubarnya PR. Bertempik sorak
pemimpin Umno apabila PR terbubar kerana itu petanda hapusnya ancaman
terbesar kpd Umno. Penghapus ancaman itu ialah Pas.
5. Keputusan
muktamar itu tidak berlaku secara spontan tetapi dimukaddimahkan dgn
pelbagai aksi pemimpin utama Pas yg menjalin hubungan sulit dgn pemimpin
Umno. Siapa tak tahu peranan Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali? Siapa
tak tahu pertemuan sulit Abdul Hadi dan Abdullah Badawi? Siapa tak tahu
hubungan intim bekas MA Pas dgn menteri-menteri Umno?
6. Ah,
biasalah bertemu...! Tidak, itu bukan pertemuan biasa, tetapi pertemuan
beragenda. Dan, agendanya ialah, Pas dan Umno mesti bergabung demi
survival Melayu, dan untuk lebih Islamik, ditambah ungkapan demi masa
depan Islam di negara ini. Selepas bertemu secara sulit, dan nampaknya
pertemuan itu direstui, barulah terjadi pertemuan terbuka di stadium
sempena Rohingya dan banyak lagi.
7. Serentak dgn semua peristiwa
itu juga, terpacullah kenyataan demi kenyataan lunak terhadap Umno,
timbullah slogan politik matang, Najib tak salah dalam 1MDB,
campurtangan kuasa asing, termasuk MA Pas sekarang yg berkata Pas
bersedia bertahaluf siyasi dgn Umno. Pada masa yg sama, kerajaan Pulau
Pinang diserang, kerajaan Kelantan pula nampak semakin mesra Umno, yg
semuanya itu menjadi isyarat bahawa Pas memang sudah sangat intim dgn
Umno.
8. Cuma, apabila Pas nampak, kalau semua itu tak dikawal,
Pas akan semakin rosak teruk, apatah lagi selepas penubuhan Amanah,
bocornya mesti ditampal. Caranya ialah seperti yg Idris lakukan iaitu
nafikan Pas kerjasama dgn Umno. Beritahu ahlinya, Pas nak lawan Umno, yg
hakikatnya seperti menampal tanah liat pada papan perahu yg bocor.
9. Pas kini sudah bersendirian. Gagasan Sejahtera tak ada apa-apa pun,
hanya nama. Dengan terpersadanya PH dgn kesatuan logo dan halatuju, Pas
semakin tersudut. Apa yg Pas boleh buat kini ialah kawal ahlinya yg cuma
tinggal separuh drpd jumlah asal drpd terus berlari keluar. Kecuali
pentaksub, Pas dah tak terkawal lagi.
10. Satu lagi pilihan yg
Pas ada ialah, halalkan hubungan sumbang Pas - Umno. Ini dilihat lebih
baik bagi Pas, bagi PH, bagi rakyat dan bagi agama ini. Idris tak perlu
bimbang, kalau dia rasa Pas sudah terperosok, dia boleh bersama Amanah.
Dia juga tak perlu bimbang, tanpa Pas pun agama ini akan tetap terbela.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan