Oleh
MEREKA yang pernah menyokong PAS pada pilihan raya umum lalu kini
jemu dengan sikap parti itu dan berkata parti Islam berkenaan menyimpang
daripada objektif asalnya.
Dan penyokong Pakatan Harapan (PH) itu sudah tidak peduli PAS tidak
lagi bersama dalam gabungan pembangkang. Mereka menghadiri ceramah
mengenai 1MDB anjuran PH, malam tadi yang berjaya menarik kehadiran
kira-kira 2,000 penduduk Selangor.
"Saya tak rasa kita akan rindukan kehadiran PAS dalam gabungan
pembangkang," kata Zul Al Thalib ketika ditemui The Malaysian Insight
pada program ceramah itu.
"PAS boleh cakap mereka juga menentang ketidakadilan, sesiapa pun
boleh kata demikian. Tapi akhirnya tindakan itu kita lebih nampak
berbanding kata-kata," katanya.
Ceramah semalam bertajuk "Selamatkan Malaysia Hapuskan Kleptokrasi"
merupakan lanjutan jelajah PH, selepas diadakan kali pertama di Penaga,
Pulau Pinang.
Jelajah itu menyaksikan kehadiran lebih dari seribu orang yang rata- ratanya merupakan penduduk Shah
Pendapat yang sama turut dikongsi pesara Mohamad Razali Ahmad, 63, yang juga bekas ahli PAS.
Razali kini menyertai Amanah dan berkata nekad keluar parti Islam itu
apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan hubungan dengan DAP
seterusnya menyaksikan pembubaran Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS
dengan DAP dan PKR.
"Saya keluar PAS masa Hadi umum tidak lagi kerjasama dengan DAP dan rentetan itu pakatan pembangkang juga dibubarkan.
"Kita keluar kerana amat kecewa, PAS di bawah Hadi sudah tidak ada hala tuju,” katanya.
Katanya, keadaan itu amat berbeza semasa PAS dipimpin Nik Aziz Nik Mat dan Fadzil Noor.
"Saya cukup hormat kepada dua pemimpin ini, cara mereka berdakwah malah menyatukan kaum lain dan boleh duduk sekali.
"Tapi dengan Hadi semuanya nak diputuskan (hubungan),” katanya.
Mohd Alityanis Hamzah, 27, berkata pada awalnya beliau melihat kekuatan gabungan pembangkang terjejas kerana ketiadaan PAS.
Namun pengumuman barisan kepimpinan PH baharu pada minggu lalu mengubah tanggapan itu.
"Saya yakin dengan garapan baharu ini dan harap mereka boleh bersatu
untuk membawa perubahan dalam pilihan raya nanti," katanya. –
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan