Pada minggu lepas, banjir telah melanda beberapa kawasan di Utara Semenanjung dan kawasan yang teruk terjejas teruk termasuk di Arau di Perlis, Kota Setar, Kuala Muda dan Kubang Pasu di Kedah serta Daerah Baratdaya Balik Pulau, Georgetown dan sebahagian besar Seberang Perai, Pulau Pinang.
Dalam menghadapi musibah banjir yang menimpa, pelbagai perkara boleh dilakukan sama ada terus memberi bantuan atau mencari kesalahan orang lain.
1. Bantuan adalah mekanisme yang terbaik untuk mempastikan kebajikan mangsa dapat dibela dengan baik. Mangsa banjir mengalami trauma kehilangan dan kemusnahan harta benda dan lebih teruk lagi kehilangan punca rezeki akibat kerosakan oleh banjir.
Dalam keadaan ekonomi negara yang meleset dan kos sara hidup yang tinggi bencana banjir ini menambah beban penderitaan rakyat .
2. Fokus pimpinan dan kerajaan yang sepatutnya ialah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di dalam apa jua bentuk. Ini bukan kali pertama banjir berlaku di Pulau Pinang dan negeri-negeri di seluruh negara.
Kerajaan Pulau Pinang pernah menawarkan bantuan untuk membina semula rumah kepada para mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Saya mengalu-alukan Bantuan Kecemasan RM400 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 23 September lalu kepada semua mangsa banjir. Saya berharap pihak Kerajan Persekutuan juga menghulurkan bantuan kecemasan segera kepada mangsa.
3. Sementara itu pihak Kerajaan Umno BN pula menuding jari kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa peruntukkan RM2.6 bilion sejak 2006 hingga 2020 di bawah RMK9 ke RMK11 untuk projek tebatan banjir tidak dibelanjakan dengan betul menambah kemarahan rakyat.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjawab bahawa peruntukkan RM2.6 bilion yang disebut itu tidak benar kerana telah dipinda dan dikurangkan oleh Kerajaan Persekutuan. Hanya RM443 juta peruntukan Kerajaan Persekutuan telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri daripada RM461 (jumlah yang dipinda) sungguhpun RM2.6 bilion yang telah dijanjikan.
Menuding jari, menuduh secara keterlaluan dan repot polis ke atas Kerajaan Negeri tidak akan mengubah keadaan sedangkan rakyat akan terus dihimpit dengan kesusahan. Apa yang diperlukan adalah idea solusi dan bukannya menjadikan musibah banjir sebagai bahan politik. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut haknya mendapatkan peruntukkan yang dijanjikan untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir dan mengurangkan risiko bencana banjir di masa hadapan. Amat dikesalkan sebagai sebuah negeri yang menyumbang purata RM7 billion cukai tahunan kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak di peruntukkan belanjawan yang munasabah bagi pembangunan negeri itu.
Akhir sekali pengurusan dan pemeliharan alam sekitar, pengurusan banjir dan pembangunan yang seimbang sepatutnya menjadi fokus dan ranggungjawab kerajaan supaya rakyat hidup dalam keadaan tenang tanpa memikirkan risiko untuk menghadapi bahaya banjir yang boleh memusnahkan kehidupan mereka.
Dato' Hj Abdul Halim Hussain
Mantan Speaker DUN Pulau Pinang
Ketua Cabang KEADILAN Balik Pulau
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara
0 comments:
Catat Ulasan