Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
KERISAUAN mendalam terhadap kemarahan rakyat yang kini semakin memuncak,
kerajaan BN telah menangguhkan beberapa pelaksanaan cukai demi
mendapatkan mandat baru.
Antaranya:
1. GST yang lebih meluas perlaksanaannya telah ditangguhkan. Pelaksanaan
GST terhadap 60 jenis barangan makanan yang sepatutnya berlaku tahun
ini telah ditangguhkan.
2. Cukai pelancongan yang meluas termasuk kepada pelancong tempatan.
Kini cukai tersebut hanya dikenakan pada pelancong luar negara.
3. Kenaikan tarif elektrik yang tertangguh.
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal
selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos
Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014.
Di bawah sistem ini, kerajaan boleh menyemak semula kadar tarif setiap 6
bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan. Tempoh untuk
pelarasan itu tamat pada 30 Jun 2017 dan kerajaan telah menangguhkan
penyelarasan itu setakat ini.
Menurut laporan Ketua Audit Negara 2017, pungutan hasil kerajaan merosot
sebanyak RM6.7 bilion daripada RM219.1 bilion kepada RM212.4 bilion
bagi 2016.
Jadi tidak hairanlah mengapa wujudnya cadangan-cadangan seperti di atas
daripada kerajaan BN pada tahun ini. Mekanismenya sama, iaitu ia
berbentuk menghisap duit rakyat bagi meningkatkan pendapatan negara
sementara kebocoran dan ketirisan terus berlaku.
Ketiga-tiga cadangan di atas datang yakni kerana kerajaan BN kekurangan dana seperti yang dirasai di semua sektor awam hari ini.
Apa yang membingungkan rakyat terutamanya kakitangan kerajaan di sektor
awam yang bergelut dengan potongan bajet ialah meskipun kekurangan dana,
kerajaan BN terus memberikan hadiah, yang dikatanya bukan gula-gula
politik sempena PRU14.
Contohnya, pengumuman ganjaran kepada para peneroka Felda yang diumumkan
Perdana Menteri baru-baru ini dianggarkan melebihi RM1 bilion dan
insentif kepada tentera, terutama kepada tak berpencen dan yang
tergolong dalam kumpulan B40.
Semua 'hadiah' ini datang di sebalik keperluan 1MDB membayar IPIC
sebanyak AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran sebelum 31 Disember 2017.
Namun, kini semua cadangan itu ditangguhkan. Ini gara-gara kerana PRU14
semakin dekat dan BN sedang bergelut untuk mendapatkan mandat baru
daripada rakyat.
Jika BN menang di PRU14 walaupun tidak menang undi popular, ini
bermaksud rakyat telah memberikan mandat kepada cadangan-cadangan di
atas dilaksanakan tanpa sekatan. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia yang
belum berdaftar, daftarlah sebagai pengundi sebelum terlambat.
Dan undilah PAS dan Gagasan Sejahtera. PAS menjanjikan pentadbiran yang
bersih daripada rasuah sebagaimana yang tertera di dalam laporan Ketua
Audit Negara 2016, di mana Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan
memperoleh markah 99.0% untuk Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan
Indeks Akauntabiliti 2016 menewaskan negeri-negeri lain.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan