Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyerahkan kepada presiden parti itu sama
ada akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan PAS pada pilihan raya
umum akan datang.
Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berkata MT memberi mandat penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan terhadap sebarang usaha berhubung kerjasama dengan PAS.
“Dari segi MT, kalau sekiranya bila kata kerjasama, tentu ada skop, bidang, kaedah. Tidak boleh kerjasama sebagai longgar begitu...kalau kata bekerjasama akan ada perundingan, persefahaman dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.
Annuar yang juga Anggota Majlis Tertinggi berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan Isnin lepas yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada PRU14.
"Dari segi UMNO, dapat saya katakan sehingga hari ini, kita tiada buat keputusan untuk tidak bekerjasama (dengan PAS). Malah UMNO ada membuat pendirian dalam hal yang membawa kebaikan kepada rakyat, kita hendak bekerjasama,” katanya.
- Bernama

0 comments:
Catat Ulasan