Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
PERISTIWA Memali berlaku pada 19 November 1985
mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta
penahanan beratus-ratus orang.
Dalam serangan polis terhadap orang kampung itu, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Dalam satu forum 'Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang' yang
berlangsung di Kota Bharu pada 2014, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun
Musa Hitam berkata peristiwa Memali merupakan titik hitam dalam kerjaya
politiknya.
Sebelum itu, Tun Musa mengejutkan negara dengan pendedahan bahawa
Perdana Menteri ketika peristiwa berdarah itu berlaku, Tun Dr Mahathir
Mohamad masih berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian, bukan di China
seperti dakwaan sebelum ini.
Di Baling, pada tanggal 24 Mei 2014 yang lalu, PAS telah mengadakan
Himpunan Keadilan Untukmu Memali yang dihadiri oleh seluruh kepimpinan
PAS ketika itu.
Satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah
menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' telah diadakan
ketika itu, di mana saksi-saksi kejadian Memali tampil mendakwa bahawa
Kertas Putih mengenai peristiwa Memali yang dibentangkan oleh kerajaan
di Parlimen adalah penuh dengan pembohongan.
Apakah mereka yang pernah menghadiri himpunan tersebut dan mengikuti
kes Memali secara dekat kini bersetuju dengan versi tragedi Memali
seperti yang didakwa Dr Mahathir semalam di mana pihak polis bertindak
dengan betul bagi mempertahankan diri? Atau kebenaran tidak lagi penting
pada sesetengah mereka kerana mereka kini memerlukan Dr Mahathir untuk
Pilihan raya Umum ke-14?
PAS
kesal tragedi yang sepatutnya boleh dielak dari berlakunya pertumpahan
darah itu berakhir dengan tindakan sangat zalim. Sewajarnya, pada
pandangan PAS, kerajaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka
kepada mangsa Memali.
Memandangkan timbulnya pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan
fakta sebenar, PAS menggesa satu siasatan yang telus dan adil dapat
dijalankan untuk membongkar tragedi Memali.
Sehubungan itu, PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan
bagi menyiasat semula tragedi Memali bagi memberikan keadilan kepada
semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan