Oleh NARAZA MUDA
KAMI warga Felda yang selama ini berjuang
menyelamatkan Felda daripada kerakusan Isa Samad berjoli dengan duit
Felda dan FGV melihat perkembangan penahanan Isa pada hari ini (15 Ogos
2017) sebagai ibarat kata ' nasi sudah menjadi bubur'
Selama hampir tuhju tahun, kami dalam kalangan aktivis keluar masuk
tanah rancangan di hampir seluruh negara sejak dari perlantikan Isa
Samad sebagai Pengerusi Felda pada 01 Januari 2011.
Perbagai rintangan
dan kesan negetif kami terpaksa pikul kerana warga Felda seolah sangat
teruja dengan perlantikan Isa Samad ini.
Umno
dan kerajaan menggunakan segala sumber mereka menyakinkan warga Felda
cadangan penyenaraian Felda ke BSKL akan mengubah kehidupan warga Felda
kepada golongan yang berpendapatan tinggi seperti mereka di negara maju.
Laungan ini masih terngiang ditelinga kami apabila Perdana Menteri
Datuk Seri Najib sendiri yang melaungkanya pada awal tahun 2012.
Agenda penyenaraian Felda melalui
FGV menjadi agenda utama
perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda. Tahun pertama Isa telah
menyejuk bekukan 37 pegawai kanan Felda yang tidak setuju atau memberi
pendapat berbeza dengan kehendak ini.
2012 menyaksikan FGV disenaraikan dengan dan Koperasi Permodalan
Felda disingkirkan dari Felda Holding setahun kemudian. KPF yang
menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) telah
ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan dari kalangan peneroka
bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings
Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan
dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober
2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.
Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang
saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka selama ini
mengejutkan peneroka setahun selepas itu apabila bonus dan dividen yang
sebelum ini 17 peratus dibayar kepada mereka turun mendadak selepas itu.
Sehingga beberapa tahun hanya 10 peratus sahaja dibayar. FGV telah
mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51
peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion
ataupun RM19.61 sesaham.
Peneroka yang hanya diberi pemilikan 800 unit saham FGV yang bernilai
RM3,560 disyaratkan membuat pinjaman bank untuk membiayai saham ini.
Dengan jaminan pegangan hanya setahun sahaja peneroka dijanjikan
pulangan yang membolehkan mereka menjadi kaya-raya selepas itu.
Setelah beberapa tahun saham FGV gagal menyerlah dan terpaksa
dikeluarkan dari senarai papan
utama kerana kejatuahan melepasi had
untuk kekal di papan utama bursa. Bila nilai pinjaman tidak mampu
ditebus atau dilangsaikan dengan nilai semasa saham, pihak kerajaan
telah mengambil alih pinjaman ini dari bank untuk meredakan kemarahan
peneroka Felda. Pengambilalihan ini bukan percuma, peneroka terpaksa
memotong pendapatan mereka selama 60 bulan dengan kadar RM50 sebulan.
Bila hampir dengan pilihan raya, pada Sambutan Hari Peneroka di
Putrajaya baru-baru ini, Perdana Menteri telah menawarkan inisiatif
antaranya penghapusan hutang pinjaman saham ini dan beberapa inisiatif
lagi sebagai halangan undi peneroka tidak terarah kepada pembangkang
sebagai protes tidak puas hati prestasi dan isu membarah terhadap Felda
dan FGV.
Tindakan-tindakan lain seperti penjualan aset di luar negara juga
menjadi peristiwa tragis bagi Felda dan FGV. Felda Global Vantures
Holdings Berhad menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers
Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du
Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu
ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah
menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.
Sebaliknya ada sumber menggatakan operasinya mengalami kerugian mencecah
RM800 juta.
Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg
dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT
-ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686
juta ) hingga AS$250 juta (RM953 juta) .
Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan
penjualan TRT - ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc,
pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.
Pada 11 Ogos 2015, Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk
Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat
antarabangsa untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14
hari , FGV telah mengumumkan penjualan ini.
Apa yang peliknya, penjualan ini dijual di bawah harga pembida
seperti laporan Bloomberg.
Sedangkan ada pembida berminat dengan harga
hampir RM1 bilion. Ini diantara contoh penjualan aset yang rugi tetapi
didakwa untung. Ada sumber lain mengatakan kos pelaburan TRT ini
mencecah RM1.2 bilion.
Sudah banyak isu berkaitan Felda, FGV dan FIC yang kami dedahkan dan
catatkan yang menjadi kenyataan selepas beberapa tahun. Isu Projek ikan
Sturgeon yang bernilai RM135juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue
Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Projek yang
menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30
metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun. Harga
semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru
audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.
Bekas seorang Pengurus Besar Felda telah didakwa oleh SPRM (kes masih
berjalan). Kes ini hanya melibatkan kakitangan Felda, Isa Samad masih
meloloskan diri dan berjaya kekal sehinggalah bermacam masalah timbul.
Peneroka bangkit membuat desakan agar sesuatu tindakan drastik diambil
dan selepas itu menyaksikan Isa Samad ditendang dari Felda pada 2016.
Tidak beberapa bulan selepas itu pada Jun 2017 Isa telah disingkirkan
dari FGV pula kerana Najib terpaksa mengambil tindakan ini bila
kemarahan rakyat Malaysia kemuncak. Perbagai pihak, NGO dan warga Felda
dilihat kehadapan dan tanpa segan mengugut akan tidak menyokong Barisan
Nasional lagi di PRU ke-14 nanti. Tindakan ini juga dilihat satu
tindakan politik Perdana Menteri.
Peneroka Felda yang sebahagian besarnya warga emas, sangat mudah
terpedaya dengan langkah-langkah selamat dari Perdana Menteri. Bukan
cakap dan janji kosong, peneroka Felda ditawarkan tunai RM5,000 untuk
mereka pada akhir bulan Ogos ini. Sepantas kilat bertahun Isa Samad
menghabiskan berbilion ringgit duit mereka, duit Felda dan FGV mereka
lupakan.
Mereka sudah boleh bercakap-cakap sesama mereka, yang jahat Isa, yang
khianat Isa, sekarang Isa sudah dipecat. Isa sudah ditahan. Sekarang
Najib dah pulihkan Felda, Najib sayang Felda, Najib tidak khianat. Najib
selamatkan kita. Sudah tentu tindakan licik Perdana Menteri ini akan
terus memastikan undi Felda di 54 parlimen akan kekal dan memberi
kemenangan besar kepada Barisan Nasional jika tiada usaha bersepadu dan
penerangan secara holistik penyelewengan skandal Felda, FGV, Isa dan
Najib kepada pengundi Felda dalam masa terdekat. Mereka sudah tidak
kisah duit berbilion ringgit yang dihilangkan Isa.
NARAZA MUDA
Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan