Dalam The Art of War, Sun Tzu, seorang genius dalam ketenteraan
menulis bahawa "jika kamu mengenali musuh dan diri sendiri, kamu tidak
akan gentar menghadapi seratus pertempuran."
Pendekatan ini nampaknya diguna-pakai oleh Pakatan Harapan dengan
menyerahkan tugas merampas negeri-negeri yang menjadi kubu Umno,
khususnya di Johor, Perak dan Kedah kepada Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU).
Strategi
menumbangkan Umno di dua kubu kuat parti pemerintah itu diserahkan
kepada dua ‘jeneral’ BERSATU - Tan Sri Muhyiddin Yassin di Johor dan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kedah.
Kedua-dua bekas pemimpin berpengalaman itu disebut-sebut mampu
menggunakan segala pengalaman dan kepakaran mereka ketika bersama Umno
untuk mengubah keadaan dan sokongan kepada HARAPAN.
Namun, pemimpin yang diamanahkan untuk menerajui kempen di Perak,
pengerusi BERSATU negeri, Ahmad Faizal Azumu, tidak pernah mempunyai
pengalaman sedemikian.
Sumber HARAPAN memberitahu Malaysiakini bahawa BERSATU bukanlah pilihan utama ketika rundingan pemimpin dan parti mana yang seharusnya menerajui di Perak.
Pada mulanya, tumpuan adalah antara PKR, AMANAH dan BERSATU.
Kedua-dua AMANAH dan PKR masing-masing mempunyai pengalaman
bertanding di Perak - dalam kes AMANAH ini melalui PAS - pada pilihan
raya 2013, dengan kedua-dua parti masing-masing bertnding 21 dan 20
kerusi DUN.
Bagaimanapun kedua-dua PKR dan PAS, masing-masing hanya memenangi lima kerusi sahaja.
Oleh itu, dalam usaha untuk mengubah nasib pembangkang pada pilihan
raya akan datang, mereka yang biasa dengan rundingan HARAPAN memberitahu
bahawa gabungan itu sebulat suara memutuskan bahawa Ahmad Faizal
sewajarnya memimpin di negeri itu.
Meskipun Ahmad Faizal tidak pernah bertanding dalam pilihan raya,
beliau mempunyai pengalaman politik yang meluas, termasuk mendapat
pujian daripada sekutunya.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Ahmad
Faizal membuktikan kemampuannya dengan menyatukan BERSATU negeri
daripada berpecah akibat masalah dalaman parti itu pada awal tahun ini.
Sebagai bekas Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat, Nizar berkata, Ahmad
Faizal juga tidak akan dibelenggu dengan tuduhan menjadi macai atau
boneka suruhan DAP - strategi Umno yang turut memberi kesan kepada
pemimpin AMANAH itu sendiri.
"Ini
akan mematahkan serangan Umno terhadap HARAPAN... hujah-hujah (mengenai
menjadi macai atau boneka suruhan DAP) tidak akan berkesan dengan Ahmad
Faizal dan BERSATU," kata Nizar
DAP adalah paarti pembangkang yang dominan di Perak dengan memenangi
18 kerusi pada 2008, dan sekali lagi dengan jumlah yang sama pada tahun
2013.
Bagaimanapun bagi mengelakkan ‘tabu’ atau ‘pantang’ parti yang
didominasi oleh kaum Cina menerajui Perak, DAP bersetuju membenarkan
rakan-rakannya mengambil alih. Ini sebaliknya menyaksikan Nizar dilabel
sebagai sebagai boneka parti itu pada tahun 2008.
Sementara itu, ketua DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, Ahmad Faizal
mempunyai tarikan kepada pengundi yang secara tradisinya bersekutu
dengan Umno, kerana beliau adalah anak seorang bekas senator serta
menantu seorang bekas ADUN Umno.
"Sebagai
bekas kakitangan awam, beliau juga memahami sentimen penjawat awam dan
mampu memikat sokongan daripada penjawat awam dan masyarakat Melayu,
yang penting bagi HARAPAN untuk menawan semula Perak," katanya.
Sementara Harapan menaruh kepercayaan penuh kepada Ahmad Faizal, sama
ada pengerusi BERSATU Perak itu adalah calon menteri besar, masih belum
ditentukan.
Menurut sumber dalaman, mereka yang dilantik sebagai pengerusi
HARAPAN tidak semestinya menjadi orang yang bakal mengetuai pentadbiran
negeri sekiranya BN ditumbangkan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan