Amanah bantah penubuhan JITN, bimbang pemusatan kuasa PM

KUALA LUMPUR: Amanah turut membantah cadangan menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) kerana bimbang langkah itu akan memusatkan kuasa perdana menteri dan mengurangkan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di JPM Datuk Paul Low Seng sebelum ini berkata JITN ditubuhkan bagi memastikan agensi penguatkuasa memantap dan tertumpu kepada fungsi utama iaitu menyiasat kes salahguna kuasa dan rasuah secara mendalam di samping memastikan tuduhan yang berkesan supaya pendakwaan tercapai.

Timbalan Presiden Salahuddin Ayub hari ini mempertikaikan keperluan sebuah jabatan baharu di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana khuatir akan berlaku pertindihan skop kerja dengan agensi penguatkuasa seperti SPRM.

“Saya bimbang SPRM akan diletakkan di bawah JITN. Kebebasan, kewibawaan dan integriti SPRM semakin berkurang dengan wujudnya JITN kelak,” kata Salahuddin pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini.

SPRM sekarang ini dipantau oleh 5 badan bebas: Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR); Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah; Jawatankuasa Aduan; Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.

Salahuddin menyokong tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan penubuhan JITN 26 September lalu.

Dzulkifli berkata tiada keperluan untuk menubuhkan jabatan yang akan mempunyain peranan yang sama dengan SPRM, Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

“Saya merancang untuk mengadakan pertemuan dengan SPRM dalam masa terdekat, bagi menyatakan sokongan saya kepada suruhanjaya itu, sambil membantah penubuhan JITN,” kata Salahuddin.

Sebelum ini, Paul Low berkata, penubuhan JITN tidak mengganggu bidang kuas SPRM, sebaliknya ia bertujuan meneraju transformasi institusi penjawat awam.

Malah menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti bagaimana hendak menambah baik keberkesanan penubuhan jabatan itu, sekaligus memastikan tiada pertindahan fungsi penggunaan sumber dan tenaga manusia dengan mana-mana agensi kerajaan lain.

Sementara itu, Salahuddin turut membidas tindakan Najib memberi ‘derma’ RM5 juta kepada SPRM.
“Satu perkara yang bukan pelik, dia lucu memberi derma. Sedangkan sebagai perdana menteri dia perlu melihat bahawa setiap apa dia kata, setiap tindakan dia pada SPRM mengambarkan komitmen dia, iltizam dia terhadap isu rasuah.

“Ini semua macam kita tepuk kepala kucing untuk dia tak gigit kita. Jangan buat begitu pada SPRM,” katanya.

Najib mengumumkan peruntukan RM5 juta ketika merasmikan bangunan baharu SPRM di Presint 7, Putrajaya Ahad lalu. Peruntukan itu turut mengundang kritikan Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) dan PKR yang mahu Parlimen memantau sumbangan kepada SPRM.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan