Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Bajet 2018 memperlihatkan peruntukan bagi perbelanjaan operasi
meningkat ke RM234.3 bilion, daripada RM214.8 bilion di 2017 iaitu
penambahan perbelanjaan sebanyak sembilan peratus.
Ini setara dengan jangkaan peningkatan hasil negara di 2018 di mana
ia dianggarkan meningkat sembilan peratus daripada RM219.7 bilion di
2017 ke RM239.9 bilion pada 2018.
Ini menyebabkan negara tidak berupaya menambah peruntukan untuk
pembangunan di mana ia hanya kekal pada kadar RM46 bilion. Sekiranya
semua anggaran hasil negara di 2018 sebanyak RM239.9 bilion digunakan
untuk membiayai kos perbelanjaan operasi sebanyak RM234.3 bilion, ini
bermakna 88% kos pembangunan (RM40.4 bilion ) perlu ditampung melalui
pinjaman.
Dengan peruntukan hanya 16% untuk pembangunan, maka hasrat mencapai
status negara maju yang digaris dalam Wawasan 2020 akan hanya menjadi
angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan.
Dengan komitmen kos operasi setinggi ini, jika BN menang di PRU14,
kadar GST dijangka akan terpaksa dinaikkan sekiranya negara memerlukan
dana untuk pembangunan.
Bajet 2017 yang bertemakan “Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan
Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat
Seluruh” nampaknya gagal apabila jumlah BR1M yang diperuntukan pada
kadar yang sama.
Ini bermakna jumlah rakyat yang masih memerlukan bantuan kekal sama
dan cara pengurusan BN tidak berjaya mensejahterakan rakyat. Sekiranya
negara semakin makmur, sepatutnya jumlah keluarga atau individu yang
layak menerima BR1M akan berkurang kerana pendapatan mereka bertambah.
Pengekalan peruntukan BR1M menandakan kegagalan kerajaan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.
Pengurangan cukai berpendapatan individu pemastautin untuk 2.3 juta
pembayar cukai terutamanya bagi golongan M40 atau lebih tepat pendapatan
isi rumah di bawah RM9,000 sebulan adalah pengakuan tidak rasmi
kerajaan bahawa polisi ekonomi kini bukan sahaja menyempitkan kewangan
golongan berpendapatan rendah, malah kini ia menyebabkan golongan
pertengahan juga bergelut dengan kenaikan kos kehidupan.
Golongan pertengahan ini terpaksa dibantu agar mereka boleh meningkatkan pendapatan boleh guna melalui pengurangan cukai ini.
PAS menyambut baik tawaran ini, bahkan ianya 1 pengakuan tidak rasmi
kerajaan bahawa ramai graduan yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan
hutang PTPTN.
Apakah ia kerana sikap ataupun sebenarnya ia disebabkan kurangnya
peluang pekerjaan untuk para graduan ataupun kenaikan kos sara hidup
yang menyebabkan para graduan tidak mempunyai lebihan duit untuk
melakukan pembayaran balik semula PTPTN?
Kerajaan juga perlunya meneroka sumber baharu bagi menjana pendapatan
negara. Bajet kali ini masih terikat dengan sumber tradisi.
Penerokaan kepada cukai ke atas simpanan syarikat dan korporat, cukai
perdagangan keuntungan saham di Bursa Malaysia sebagaimana yang
dikemukakan oleh PAS dalam Dokumen Hijau serta kawalan kos melalui
strategi mensifarkan ketirisan, rasuah dan pembaziran. Ini termasuk
menyemak kembali agensi yang bertindan tugas dan fungsi.
Tindakan menghapuskan tol di 4 lokasi adalah tindakan yang wajar,
namun beberapa tol yang terlalu lama seperti tol Gombak dan Karak juga
perlu dihapuskan.
Sebagaimana yang diumum bahawa bajet kali ini ialah tawaran kerajaan
bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14. PAS khuatir ia hanyalah ‘umpan’
yang akan menambah bebanan rakyat sekiranya BN terus kekal memerintah.
Insha-Allah semua ahli Parlimen PAS akan mengambil bahagian secara
aktif dalam membahas bajet ini agar ia benar-benar memberi manfaat
kepada seluruh rakyat.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan