Oleh
PENDUDUK Sungai Ara di Pulau Pinang yang menentang projek pembangunan
lereng bukit di kawasan mereka di mahkamah, mahu kerajaan Pulau Pinang
menyatakan secara terbuka sokongannya terhadap kes rakyat itu.
Peguam Gurdial Singh Nijar, yang mewakili penduduk dalam kes di
Mahkamah Rayuan Putrajaya bulan depan, berkata penduduk mahukan
pengumuman secara rasmi oleh kerajaan negeri bahawa mereka menyokong
penentangan terhadap pembangunan lereng bukit yang sensitif.
Katanya, sebelum ini apabila kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau
Pinang, sokongan kerajaan kepada penduduk tidak dinyatakan berikutan
salah faham.
"Saya menggesa kerajaan negeri mengumumkan secara terbuka bahawa ia
menyokong penduduk Sungai Ara dalam rayuan penangguhan terhadap
kelulusan pembangunan di kawasan lereng bukit yang sensitif.
"Ketua menteri sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri
menyokong penduduk ketika kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau
Pinang. Malangnya, ini bukan apa yang berlaku pada pendengaran kes -
kerana salah faham.
"Penduduk yang marah kemudiannya berjumpa ketua menteri dan exco
perumahan pada 9 September, 2017. Kedua-dua mereka memberi jaminan
kepada penduduk, kali ini mereka akan memastikan sokongan mereka kepada
rayuan penduduk itu diperjelaskan kepada Mahkamah Rayuan," katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Gurdial berkata, penduduk menghargai sokongan kerajaan negeri,
terutamanya selepas berlaku tragedi tanah runtuh di Lembah Permai di
Tanjung Bungah yang menyebabkan 11 orang terkorban.
"Ia juga memberi kepercayaan kepaca komitmen kerajaan Pulau Pinang
untuk melindungi kawasan lereng bukit di Pulau Pinang," katanya.
Penduduk Sungai Ara membantah pemaju Sunway City yang mencadangkan
untuk membina 600 bangunan apartmen dan banglo di atas bukit seluas 80
ekar, dengan kira-kira 43% daripada projek itu membabitkan cerun bukit
melebihi 25 darjah.
Majlis tempatan meluluskan projek berkenaan sebagai "projek khas" pada 2012.
Pelan Struktur Pulau Pinang melarang projek di tanah bukit 250 kaki
(76 meter) dari paras laut atau lereng bukit yang mempunyai kecerunan
melebihi 25 darjah.
Penduduk membawa bantahan mereka kepada Lembaga Rayuan dan menang
selepas lembaga itu mengisytiharkan adalah salah untuk meluluskan
pembangunan yang melanggar Pelan Struktur Pulau Pinang.
Namun, penduduk kalah kes itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang
membalikkan keputusan lembaga berkenaan dan mengembalikan kelulusan
majlis kepada pemaju.
Penduduk kemudiannya membawa kes itu ke Mahkaman Rayuan untuk
membatalkan keputusan itu. Rayuan mereka akan didengar pada 13 November
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan