Hidup serba kekurangan, penduduk Pulau Gaya menagih janji

Oleh Najjua Zulkefli

KEHIDUPAN mereka sepatutnya lebih selesa. Air paip sepatutnya sudah menjadi kenyataan tetapi bagi penduduk di Kampung Gaya Asli, Sabah, apa yang dialami penduduk ini adalah sebuah kisah panjang yang dipenuhi janji kosong. Kisah mereka adalah ulangan cerita di beberapa kawasan lain di negeri Malaysia Timur itu.

Sejak sekian lama, mereka hidup tanpa air paip dan terpaksa bergantung harap kepada air hujan dan telaga untuk kegunaan harian.

Keadaan menjadi bertambah sukar sewaktu kemarau sehinggakan terpaksa membeli air bersih untuk digunakan. Sebuah tong 200 liter air berharga sekitar RM7 dan tangki 1,400 liter pula menelan belanja kira-kira RM45.

Sekumpulan kanak-kanak lelaki riang bermain di Kampung Pulau Gaya, Sabah. – 
Beberapa penduduk di Kampung Pulau Gaya, Sabah sedang mandi untuk membersihkan diri.
Bot laju menjadi pengangkutan utama penduduk di perkampungan air, Pulau Gaya, Sabah. 
Seorang wanita dilihat membaiki rumah yang daif di Kampung Pulau Gaya, Sabah. – 
Pemandangan perkampung air di Kampung Pulau Gaya, Sabah. 
Kampung Pulau Gaya yang terletak di pinggir Kota Kinabalu mempunyai sekitar 2,000 orang penduduk.
Dua kanak-kanak lelaki dilihat memancing berhampiran jeti di Kampung Pulau Gaya, Sabah.
Seorang penduduk Pulau Gaya, Sabah sedang membaiki botnya yang menjadi satu daripada pengangkutan utama di sana. 
Seorang wanita memcuci pakaian sambil diperhatikan anak kecilnya. Kampung ini masih tidak mempunyai keperluan asas mencukupi, walaupun Sabah sudah menyertai Persekutuan Malaysia sejak 1963 lagi.
Awang, seorang penduduk di perkampungan air Pulau Gaya, Sabah berehat di sebuah kedai minum di situ.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan