Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah
menyediakan pelbagai habuan dan gula-gula pilihan raya untuk memancing
sokongan pengundi, ia tidak sedikit pun menggugat sokongan kepada parti
komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri Kedah.
Malah sokongan yang begitu memberangsangkan terbukti apabila 90
peratus daripada 6,700 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Bahagian Pendang, terdiri daripada mereka yang telah keluar Umno.
Penyertaan yang begitu ramai ini memberi satu tamparan hebat kepada
Umno dan BN di Pendang yang sering mendabik dada bahawa mereka masih
diterima oleh ahli Umno di kawasan parlimen tersebut.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Armada Bahagian Pendang, Mohd Fauzi Ismail.
Menurut beliau lagi, daripada jumlah tersebut 60 peratus adalah
mereka yang berada di bawah usia 50 tahun serta merupakan golongan muda.
Manakala 40 peratus lagi adalah mereka yang tergolong dalam usia lebih 50 tahun.
“Sokongan sehingga mencecah lebih 6,000 ahli ini adalah bukti bahawa Umno semakin tempang di Pendang.
“Mereka sudah tidak mampu untuk menyekat ramai ahli Umno untuk meninggalkan parti lama tersebut.
“Sekali gus ini memberi kekuatan kepada PH untuk menerobos kubu Umno
dan merampas kerusi tersebut dalam pilihan raya umum akan datang,”
jelasnya lagi.
Manakala itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Abdullah
Suady Ramadhan yang turut hadir dalam program ziarah tokoh tempatan
serta pembentukan jawatankuasa jentera pilihan raya PDM Pulai kelmarin
berkata, kerjasama erat antara AMANAH dan Bersatu dalam membawa semangat
PH begitu utuh.
“Semangat PH yang ditunjukkan di Pendang pada kali ini memberi
isyarat jelas kepada rakyat akan kemampuan PH untuk mengambil alih
kepimpinan Negeri Kedah dan juga Putrajaya.
“PH bertekad untuk menyelamatkan rakyat daripada gula-gula politik Umno dan BN yang senantiasa memperdayakan rakyat.
“Sedangkan krisis ekonomi dan kos sara hidup terus meningkat sehingga
menyebabkan rakyat sengsara dan derita dalam diam,” ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, penduduk tempat khususnya di Pendang amat kecewa
dengan janji-janji Umno dan BN khususnya mengenai pembinaan Hospital
Pendang yang telah berlarutan sejak 15 tahun yang lalu.
“Bukan sahaja papan tanda telah usang, sebaliknya bisik-bisik
mengenai projek RM220 juta tersebut terus menyepi dan senyap begitu
sahaja.
“Janji ini telah ditaburkan sejak 15 tahun lalu, namun sehingga kini
masih lagi menjadi igauan penduduk Pendang yang tidak kesampaian.
“Oleh kerana itu rakyat Pendang harus melihat kembali sokongan mereka
kepada BN kali ini agar tidak menjadi mangsa untuk kali keempat dalam
mengharapkan sebuah hospital yang dijanjikan tetapi tidak terlaksana
oleh kerajaan sedia ada,” tambahnya lagi
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan