Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, hanya pengundi sahaja di
negara ini mampu membuat lompatan bersejarah menyelamatkan Malaysia
daripada terus menjadi bahan ejekan dan jenaka, malah dalam kalangan
negara-negara Afrika berhubung soal rasuah dan kleptokrasi.
Pengundi-pengundi perlu menolak kerajaan Umno/Barisan Nasional dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang dan menggantikannya dengan kerajaan
baru, Kerajaan Pusat Pakatan Harapan di Putrajaya, supaya kedudukan dan
reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa dapat dipulihkan dengan
penghapusan serta pembersihan negara daripada gejala rasuah dan
kleptokrasi, kata beliau dipetik daripada teks ceramahnya di Kampong
Simee, Ipoh 16 November lalu yang dipaparkan dalam blognya.
Menurut Kit Siang, beliau berasa amat hina dan malu sewaktu menonton
sebuah video mengenai seorang pemimpin Afrika yang membuat jenaka
mengenai rasuah di Malaysia dalam satu persidangan antarabangsa beberapa
hari lalu.
“Inilah isyarat betapa teruknya kedudukan dan reputasi Malaysia,
bukannya rakyat Malaysia mempersendakan Afrika mengenai rasuah,
sebaliknya Malaysia menjadi bahan jenaka dalam satu persidangan
antarabangsa mengenai rasuah dan kleptokrasi,” kata beliau.
Tiga minggu sudah Parlimen bersidang, namun Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak masih belum membersihkan Malaysia daripada tanggapan
dunia yang mengganggap Malaysia sebagai kleptokrasi global, sambungnya.
Skandal mega pengubahan wang 1MDB yang melibatkan berbilion dolar
serta isu derma RM2.6 bilion melibatkan akaun peribadi Perdana Menteri,
yang menjadi perhatian dunia, masih belum diselesaikan dan di dalam
negara perkara ini seperti tidak wujud, kata Kit Siang
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan