Najib gagal sebagai Perdana Menteri
SHAH ALAM - Hasil kaji selidik dikeluarkan oleh Merdeka Centre yang mendapati rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi semasa membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya berkata, kajian itu mendapati bahawa 15 peratus rakyat terpaksa mengurangkan pengambilan makanan sekali sehari bagi menampung hidup.
“Dapatan ini amatlah menggusarkan, namun tidak mengejutkan kerana rakyat sering kali meluahkannya tetapi tidak dipedulikan kerajaan,” katanya.
Menurutnya, bukan sekadar itu, kerajaan juga didakwa mencanangkan ekonomi yang tidak menggambarkan realiti sebenar.
“Ketika Najib terus bercakap mengenai ekonomi berpendapatan tinggi lebih kurang dua tahun saja lagi, rakyat masih lagi terpaksa mengikat perut,” katanya.
Beliau berkata, kutipan GST berbilion ringgit terus membebankan rakyat.
“Harga petrol pula lebih kerap meningkat. Kerajaan tidak menetapkan sebarang mekanisme untuk melindung kepentingan rakyat,” katanya.
Nik Nazmi berkata, belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini dipenuhi dengan gula-gula.
“Ia langsung tidak membantu menangani isu beban ekonomi meruncing...bahkan terus memotong peruntukan terhadap perkara asas seperti pendidikan dan kesihatan,” katanya.
Adun Seri Setia itu berkata, kadar gaji yang mendatar menyebabkan rakyat tidak mampu memiliki rumah sendiri meskipun di bawah skim mampu milik.
“Hutang individu juga meningkat bagi menampung kekurangan pendapatan serta membiayai pelajaran. Rakyat harus lakukan perubahan dengan meletakkan kepercayaan kepada Pakatan Harapan.
“Ini bagi membentuk ekonomi yang makmur dan saksama serta sistem yang lebih telus,” katanya.-Sinar Harian
0 comments:
Catat Ulasan