Oleh Muhammad Shamsul Abd Ghani
SHAH ALAM - Perdana Menteri mengingatkan rakyat yang layak menerima
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) supaya segera memohon bantuan tersebut,
sekiranya masih belum berbuat demikian.
Menerusi perkongsian di Facebooknya, Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata, permohonan boleh dibuat bermula semalam sehingga hujung tahun
ini.
"Kepada yang layak, jangan lupa mohon dan kemas kini #BR1M2018 untuk
dapatkan pembayaran sehingga RM1,200, bermula hari ini hingga 31
Disember 2017 di https://ebr1m.hasil.gov.my/," kongsinya di Facebook.
Terdahulu Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan,
permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual
atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M.
Sebelum ini Najib, semasa membentangkan Bajet 2018 mengumumkan
pemberian BR1M pada tahun hadapan akan diteruskan dengan pengekalan
kadar maksimum RM1,200.
Katanya,BR1M akan terus memberi manfaat kepada tujuh juta penerima.
"Sejak diperkenalkan, BR1M diterima rakyat dengan senang hati, jelas
sekali I merupakan bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang
Ben-Gurion memerlukan.
"Sehubungan itu, BR1M tahun ini memanfaatkan tujuh penerima dengan
peruntukan RM6.8 bilion," katanya dalam pembentangan Bajet 2018 di
Parlimen, Oktober lalu.-Sinar Harian
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan