Angkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Perlis senantiasa memberi
perhatian terhadap setiap keluh-kesah penduduk khususnya dalam kawasan
Dewan Undangan Negeri (Dun )Santan serta Parlimen Padang Besar.
Selain memberi tumpuan kepada penduduk dalam kawasan Dun Santan,
perhatian yang serius juga diberikan kepada kawasan-kawasan lain yang
akan ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH).
Demikian dinyatakan oleh Ketua Awan Negeri Perlis, Che Mazlina Che Yob.
Menurut beliau lagi, Awan Negeri Perlis dengan kerjasama PH Negeri
Perlis senantiasa menganjurkan program dan aktiviti bersama bagi
mendekatkan diri dengan penduduk setempat khususnya para pengundi.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan cikgu turut berkata,
mengedarkan risalah PH bagi memberi maklumat terkini kepada para
penduduk merupakan gerak kerja yang telah, sedang dan akan berterusan
dilaksanakan.
“Antara ziarah kasih yang dilaksanakan ialah menziarahi warga emas serta mereka yang terlantar sakit dalam kawasan Dun Santan.
“Selain dari itu turun padang yang dilakukan tidak mengambil kira masa dan ketika, termasuklah siang maupun malam.
“Hanya dengan turun ke lapangan sahaja, kita dapat mendengar dengan
lebih dekat masalah yang dihadapi oleh penduduk, ” ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, melawat keluarga yang susah dan sedang berada
dalam kesempitan hidup akibat kenaikan harga barangan yang begitu
melampau turut dilakukan dengan kerap.
“Awan juga tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan bantuan kepada pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital.
“Ibu tunggal serta anak-anak yatim turut diberi perhatian semasa ziarah kasih yang dilakukan baru-baru ini.
“Yang pasti bagi Awan dan Amanah Negeri Perlis, ialah kerajaan negeri
semakin tidak bermaya untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat
sehinggakan ada yang hanya ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan
petang,” tegasnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Penyelaras Dun Santan turut berkata,
kerajaan negeri yang dipimpin oleh Umno dan BN di Perlis sudah tidak
harus diberi dokongan dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.
Malah katanya, kepimpinan BN lebih memberi tumpuan terhadap
projek-projek gajah putih yang bertujuan untuk mengkayakan kroni mereka
semata-mata.
Namun begitu, keperitan dan kesukaran hidup yang dialami oleh
penduduk miskin serta golongan berpendapatan rendah tidak menjadi agenda
utama untuk diberi pembelaan oleh kerajaan negeri kini.
Justeru itu, beliau menyeru pengundi Perlis untuk bangkit dan berani
untuk membuat perubahan drastik dengan menolak Umno dan BN serta
mana-mana parti yang bersekongkol dengannya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan