Penganalisis politik dan blogger Shabudin Husin membuat andaian
berkemungkinan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Pengerusi Bersatu
merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan
ditangkap atas dakwaan terbabit dalan penyalahgunaan kuasa berkaitan
skandal Forex-BNM sebagaimana hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) pada Khamis lalu.
Beliau dalam tulisannya pada Jumaat lalu dengan tajuk: “Adakah Tun
Mahathit akan ditangkap sebelum PRU14?” turut menelah Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop bukanlah sasaran dalam siasatan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) kelak.
“Dalam hal ini, sudah tentu juga yang paling menjadi sasaran bukanlah
Nor Mohamed Yakcop yang dipersalahkan dalam kerugian urusniaga forex
itu, tetapi pastinya Tun Mahathir.
“Sehubungan itu, tiga kemungkinan paling besar bakal berlaku sebelum
PRU 14 ini, Tun Mahathir akan ditangkap dan didakwa di mahkamah serta
disekat daripada bertanding dalam pilihanraya;Bersatu dibatalkan
pendaftarannya dan; Pakatan Harapan tidak mungkin diberikan kelulusan,”
ujarnya sebagaimana di petik daripada blog beliau yang dimuat naik pada
Jumaat lalu.
Shahbudin meletakkan krisis tersebut sebagai satu pilihan kepada pengundi yang akan memilih kerajaan masa depan.
“Apa akhirnya pilihan kita sebagai rakyat dan pengundi yang berakal dalam pilihanraya akan datang?
“Terus memilih Najib, Umno dan BN atas perkiraan tiada pilihan lain
untuk menerajui kerajaan atau semua halangan yang disengajakan itu
menjadikan kita lebih bersatu dan bulat hati asalkan perubahan
benar-benar menjadi kenyataan?,” soalnya.
Rumusan beliau itu bersandarkan kepada rentetan skandal Forex-Bank
Negara Malaysia (BNM) sehingga tertubuhnya RCI dan keputusan mengenai
laporan RCI itu yang dibentangkan di Parlimen akhirnya membawa desakan
kepada tindakan PDRM.
“Tidak seperti mana-mana Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI yang
pernah ditubuhkan sebelum ini, RCI berkaitan forex ini terlihat
sangat-sangat istimewa kewujudannya.
“Daripada sekian banyak istimewanya seperti menyiasat perkara yang
berlaku lebih 30 tahun lalu, itu pun hanya setelah Tun Mahathir yang
merupakan sasaran utama bertukar menjadi pengkritik dan serius mahu
menjatuhkan Najib Razak dan hasil laporannya pula dibentangkan pada hari
akhir sidang Parlimen untuk mengelak daripada dibahaskan, tetapi yang
paling istimewa ialah laporan polis juga segera dibuat mengenainya.
“Hampir serentak dengan pembentangannya di Parlimen semalam,
Setiausaha RCI, Dr. Yusof Ismail turut membuat laporan polis di IPD
Putrajaya pada waktu yang sama.
“Laporan polis itu dibuat dengan tujuan meminta pihak berkuasa
menyiasat secara rasmi nama-nama yang disebutkan dalam laporan RCI
tersebut atas kemungkinan terlibat dalam pecah amanah, jenayah, penipuan
atau lain-lain kesalahan.
“Susulan itu, Ketua Polis Negara, Mohamad Puzi Harun segera
mengumumkan tertubuhnya pasukan khas untuk menyiasat nama-nama yang
dicadangkan dalam laporan RCI tersebut.
“Dengan begitu cepat membuat laporan polis, sudah tentu maksudnya
ialah agar tindakan dapat diambil dengan sepantas-pantasnya atau lebih
tepat sebelum tibanya tarikh PRU 14 yang habis edahnya pada Jun 2018,”
telahan beliau.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan