Medik KUIN : Lambang sebuah kegagalan Ahmad Bashah

Oleh Dato Dr Ismail Salleh

Sedikit masa lalu kita di kejutkan dengan penutupan AUCMS,sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kepala Batas yang bermasalah dan terpaksa ditutup.

Seramail 425 pelajar perubatan menjadi mangsa dan terpaksa di tempatkan di enam IPT lain untuk meneruskan pengajian mereka.

Kegagalan urustadbir kewangan telah di kenalpasti sebagai punca masalah yang utama.
Beberapa hari yang lalu rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan pelan untuk memindahkan seramai 106 penuntut Kuliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan Kolej Universiti Insaniah(KUIN)kepada Cyberjaya University College Of Medical Science (CUCMS).

Difahamkan pihak Pengurusan KUIN tidak mempunyai pilihan lain sekarang melainkan memindahkan 106 pelajar bersama dengan pensyarah mereka sekali ke CUCMS untuk menurunkan kos operasi.

Menguruskan fakulti perubatan bukanlah mudah.Apatah lagi KUIN yang masih baru dalam fakulti ini,pengambilan pelajar perubatan yang dibenarkan adalah kecil jumlahnya manakala kos yang diperlukan pula untuk setiap pelajar adalah tinggi.

Hanya dengan kewangan yang cukup dan pengurusan kewangan yang baik sahaja boleh memastikan fakulti perubatan berjalan dengan baik.

Manakala KUIN pula telah dikenalpasti tidak mempunyai ciri-ciri itu.KUIN telah dilanda krisis pengurusan dan kewangan sejak sekian lama sehingga disatu peringkat gagal mencarum wajib Socso dan Kwsp selama beberapa tahun.

Bukan sahaja tiada perubahan besar dalam menangani masalah ini tetapi nampaknya ia semakin buruk diakhir-akhir ini.

Kemuncak kepada krisis ini adalah apabila KUIN terpaksa memindahkan bebanan kos operasi fakulti perubatan kepada CUCMS dan inilah yang disebutkan sebagai smart partnership oleh Exco pendidikan Negeri Kedah.

Ringkasnya kos operasi akan ditanggung oleh CUCMS,dengan perkongsian keuntungan 30:70. Manakala sijil akan ada cop oleh KUIN dan pelajar boleh membuat pilihan untuk konvo di KUIN atau di CUCMS mengikut pilihan mereka.

Sekarang ini juga,pengambilan pelajar perubatan yang baru dibekukan sehingga mendapat arkreditasi MQA.

Kesemuanya ini adalah kelemahan KUIN menguruskan sebuah fakulti perubatan yang berprestij,sekaligus melambangkan kegagalan sebuah kerajaan BN pimpinan Dato Seri Ahmad Bashah.

Dato Dr Ismail Salleh
Pengerusi Amanah Negeri Kedah
4 Dec 2017.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan