Oleh
WALAUPUN ia adalah Perhimpunan Agung UMNO, parti terbesar negara itu
dijangka akan memberikan banyak tumpuan kepada musuhnya, PAS, DAP dan
bekas presiden yang kini menentangnya, Dr Mahathir Mohamad.
Turut penting adalah ucapan perdana menteri yang juga merupakan
perdana menteri Malaysia kepada hampir tiga juta ahli Umno tentang
situasi ekonomi negara yang dijangka akan bertambah baik tahun depan,
kata penganalisis Hisomudin Bakar.
Khabar baik tentang ekonomi akan menjadi bahagian terpenting mesej
kempen Umno bagi meredakan kemarahan kumpulan kelas pekerja Melayu luar
bandar tentang situasi gaji yang tak banyak berubah, kelompok yang
merupakan kumpulan undi terbesar dalam parti itu.
Empat perkara ini akan menentukan sama ada pemerintahan Umno di
Malaysia yang tidak pernah dicabar sejak 60 tahun Merdeka akan dapat
diteruskan, ketika seluruh negara sedang bersiap sedia untuk
menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Penganalisis dan ahli politik veteran percaya yang Umno sedang
berdepan cabaran paling genting dalam PRU14 akan datang- yang besar
kemungkinan akan diadakan pada Mac atau April tahun depan.
Umno berdepan kebangkitan pembangkang melalui Pakatan Harapan, yang
disertai bekas presidennya, Dr Mahathir serta parti baru ditubuhkannya
Bersatu yang terdiri daripada bekas ahli Umno yang bersedia mencabar
dominasi Umno di 87 kerusi Parlimen milik parti Melayu terbesar itu.
Sejumlah 18 daripada kerusi itu adalah kerusi marjinal yang dimenangi
dengan majoriti kurang 2,000 undi.
Kali terakhir Umno berdepan pilihan raya segenting ini adalah pada
1990 dan 1999 apabila krisis dalaman parti menyebabkan perpecahan dan
kemunculan parti serpihan- Semangat 46 pada 1990 dan PKR (ketika itu
Parti Keadilan Nasional) pada 1998.
Pada tahun-tahun itu, Umno dan gabungan pemerintah Barisan Nasional
yang diterajuinya kehilangan beberapa kerajaan negeri. Ia juga
menyaksikan kehilangan banyak kerusi Parlimen di kawasan luar bandar
Melayu yang berjaya dirampas parti serpihan ini.
Tetapi dalam pilihan raya itu, Umno masih boleh mengharapkan undi
daripada pengundi bukan Melayu di Semenanjung menerusi rakan sekutunya,
MCA, MIC dan Gerakan yang masih berpengaruh seterusnya memberikan
BN kerusi yang cukup di Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Tetapi dalam pilihan raya kali ini, Umno tidak boleh berharap lagi
kepada sekutunya dalam BN. Berdasarkan kajian yang dilakukan Merdeka
Center menunjukkan yang kebanyakan pengundi Cina Malaysia yang membentuk
29.68% jumlah pengundi besar kemungkinan tidak lagi menyokong BN.
Hampir separuh pengundi India pula dikatakan akan turut memberikan
sokongan kepada Pakatan Harapan sementara di Sabah- sebuah lagi kubu
kuat BN- turut berada dalam kelompok anti BN dan pro kebangkitan parti
tempatan, kata penganalisis Hisommudin Bakar dari Ilham Centre.
“Undi orang Melayu sangat penting dalam pilihan raya ini dan
perhimpunan ini adalah tentang membina benteng kekuatan di 87 kubu
Parlimen milik Umno,” kata Hisommudin.
“Hanya lima atau 10 peratus undi berubah boleh menyebabkan kawasan ini jatuh dan berakhirnya pemerintahan BN.”
Mereka yang berontak dan bertaubat
PAS, DAP dan Dr Mahathir saling berkaitan dan sama-sama memberikan
kesan kepada undi orang Melayu Islam Umno. Ucapan dasar Presiden Najib
Razak pada 7 Disember akan menyentuh ketiga-tiga perkara ini dan
bagaimana ia akan ditangani dalam strategi parti untuk PRU14.
Pada perhimpunan tahun lepas, Umno berjaya memomokkan DAP untuk memainkan ketakutan orang Melayu yang mereka akan kehilangan negara yang akan dikuasai Cina Malaysia sekiranya mereka mengundi PH.
Gabungan pembangkang terdiri daripada DAP, Amanah, PKR dan Bersatu.
Pemimpin Umno berulang kali mendakwa PH sebenarnya dikuasai dan diuruskan oleh DAP.
Sumber Umno mengatakan mesej itu akan diulangi lagi tahun ini.
Berkemungkinan besar sebuah video mengenai DAP akan dimainkan semasa
ucapan presiden.
Tanggapan presiden mengenai hubungan DAP dan Dr Mahathir juga akan memberi isyarat besar kepada strategi parti.
Sejak beberapa bulan lalu, Najib berterusan menyerang bekas tok
gurunya itu, melayan Dr Mahathir dan Bersatu sebagai musuh utama orang
Melayu dan Umno.
Tetapi sumber parti yang lain memberitahu bahasa kasar itu mungkin
akan disulami dengan pesanan yang masih belum terlewat untuk pemberontak
ini untuk bertaubat dan kembali kepada Umno.
Ia akan ditujukan kepada pemimpin Bersatu, bekas ahli Umno yang turut
meninggalkan parti itu selepas Dr Mahathir memutuskan meninggalkan Umno
pada 2015.
“Umno sentiasa menerima kembali mereka yang memberontak dengan tangan
terbuka seperti mana semua ahli bekas PKR dan Semangat 46 yang kembali
kepada kita selepas berada dalam pembangkang. Perkara yang sama dijangka
berlaku dengan Pribumi (Bersatu),” kata sumber itu.
Isyarat sebegitu tentang Bersatu, kata pemimpin akar umbi Umno Al Hafizi Abu Bakar sentiasa ditunggu-tunggu ahli Umno.
“Kita menunggu sama ada akan wujud pengumuman tentang bagaimana kita
boleh berbaik-baik dengan Bersatu dan mungkin juga sampai meredakan
perasaan Dr Mahathir,” kata ketua Pemuda Umno Kuala Langat itu.
“Perjanjian” dengan PAS
Walaupun spekulasi bertiup kencang mengenai kemungkinan wujudnya
kerjasama pilihan raya antara PAS dan Umno, ia bagaimanapun dijangka
tidak akan berlaku dalam masa terdekat menjelang PRU14.
Beberapa orang pemimpin Umno seperti Ketua Penerangan Annuar Musa
sudah bercakap tentang kerjasama PAS-Umno tetapi bentuk kerjasama masih
belum jelas.
Sumber parti memberitahu yang strategi Umno adalah untuk mesra dengan PAS hanyalah untuk memastikan parti Islam itu menjauhi PH.
PAS bekerjasama dengan Semangat 46 dan PKR pada era Umno menyerangnya
bertubi-tubi, seperti mana ketika pemerintahan Dr Mahathir selama 22
tahun sebagai presiden Umno.
Strategi semasa Umno dengan PAS, yang mempunyai sokongan kuat orang
Melayu luar bandar akan memecahkan undi anti Umno, kata sumber itu.
Penganalisis mengatakan berdasarkan pengalaman sejarah, BN sentiasa menang dalam pertandingan tiga penjuru.
Hisommudin berkata PAS berisiko kehilangan 30% undi penyokongnya jika
mereka memutuskan untuk mempunyai ikatan dengan Umno. Sebuah lagi
kajian dilakukan Institut Darul Ehsan di Kelantan menunjukkan yang PAS boleh kehilangan sehingga 60% sokongan jika kerjasama parti Islam dan parti Melayu itu menjadi kenyataan.
Perkara yang sama boleh berlaku kepada Umno.
Ahli Majlis Tertinggi Nazri Aziz mengatakan sebahagian ahli lama Umno
merasakan dipinggir jika parti itu bekerjasama dengan PAS.
“Ramai ahli akar umbi masih terasa kerana digelar kafir oleh PAS.
Mereka menyaksikan bagaimana keluarga dan masyarakat berpecah belah
kerana PAS melabelkan mereka kafir (pada 80-an).
Kerjasama dengan PAS bermakna Umno akan menyerahkan kerusinya kepada
parti Islam itu dan menentang PH secara bersemuka. Senario ini akan
memberi manfaat kepada PH, kata Hisommudin.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan