Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razam disaran mengumumkan
tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh hari pengundian lebih awal rakyat.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata,pengumuman awal
sangat penting untuk memudahkan penjadualan pergerakan percutian rakyat
khususnya pengundi untuk hadapi Tahun Baru Cina dan percutian lain
khususnya pergerakan untuk umat Islam mengerjakan ibadah Umrah.
“Saranan ini bagi mengelak beban kos berganda sekiranya rakyat sedang
bercuti dan perlu pulang membuang undi di kampung asal serta untuk
mengelak pengundi Islam terlepas peluang pengundian sekiranya jadual
umrah bersamaan dengan tarikh pengundian PRU14,” ujarnya dalam
kenyataan.
Bagaimanapun Mahfuz menjangkakan pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada Jun 2018
“Saya menuntut pengumuman segera tarikh pembubaran Parlimen mesti
dibuat serta tarikh mengundi diumum selewat lewatnya pada hari pertama
Januari 2018.
“PM Najib tidak perlu takut menghadapi ‘hari perhitungan’ dari rakyat dan jangan sengaja mahu menyusahkan rakyat.
“Sepatutnya sistem pilihanraya di Malaysia seharusnya lebih berani
dan demokratik dengan menjadualkan lebih awal tarikh pembubaran
Parlimen,” ujarnya.
Penggal akhir pemerintahan kerajaan BN akan berakhir pada 24 Jun
2018.Beberapa Dewan Undangan Negeri (Dun) akan terbubar dengan
sendirilebih awal dari 24 Jun 2018.
Justeru katanya lagi, masalah dihadapi Najib sama ada akan menunggu
sehingga penghujung tempoh penggal atau akan membuarkan lebih awal.
Ramai menjangkakan PRU-14 akan diadakan pada Mac 2018.
“Apa yang penting bukan sahaja persiapan SPR dan pihak keselamatan
diperlukan tetapi rakyat juga memerlukan persiapan untuk menghadapi
PRU14 nanti.
“Persiapan rakyat khususnya pengundi berdaftar untuk memastikan
mereka tidak terlepas peluang mengambil bahagian pada hari pengundian
bagi menentukan arah tuju masa depan negara dan rakyat,” ujarnya
Mahfuz menegaskan suatu proses pilihanraya yang memudahkan rakyat
khususnya pengundi berdaftar bagi menjadualkan pergerakan kehidupan
mereka perlu dilakukan dari awal.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan