Tanah Felda Jalan Semarak: Najib digesa bercuti beri ruang siasatan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wajar mengambil cuti bagi memberi ruang penyiasatan menyeluruh terhadap urus niaga mencurigakan sehingga menyebabkan Felda hilang hak terhadap tiga bidang tanah miliknya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda, Lajnah Tanah Pas Pusat Noraza Muda berkata, pendedahan akhbar Berita Harian (BH) itu disahkan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad yang mengakui agensi itu ‘kehilangan’ tiga bidang tanah bernilai lebih RM250 juta.

“Beliau sendiri tidak faham bagaimana tanah milik Felda boleh berpindah milik kepada syarikat lain.
“Merujuk rentetan laporan dan pendedahan media masa ini, kami warga Felda berpendapat sewajarnya penyiasatan menyeluruh kepada mereka yang terlibat dengan kadar segera kerana melibatkan aset Felda.

“Skandal berangkai ini yang melibatkan beberapa syarikat seperti dirancang dengan rapi.

“Bermula dari cadangan Pembangunan Menara setinggi 70 tingkat di atas tapak Wisma Felda Jalan Gurney Kuala Lumpur yang diserahkan kepada sebuah Syarikat Syenergy Promenade Sdn. Bhd.

Sebelum ini Koperasi Permodalan Felda dicadang mengambil alih dan menyelesaikan masalah
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan