Dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan suasana
rakyat di Pulau Pinang dalam akhbar Berita Harian semalam dianggap
palsu.
“Dari sudut perkembangan Islam pula, Pulau Pinang adalah antara
negeri yang tidak pernah menghalang ceramah agama di masjid dan surau
daripada mana-mana penceramah agama.
“Hatta Presiden PAS sendiri, cuma pihak kerajaan menetapkan agar
sebarang ceramah tidak membawa sebarang elemen permusuhan, fitnah dan
merosakkan Imej Islam seperti perkauman.
Kerajaan Negeri selalu tawarkan
pendekatan rahmat sekelian alam agar diterapkan di semua masjid dan
surau di sekitar Pulau Pinang,” katanya melalui satu kenyataan yang
disiarkan melalui aplikasi Facebook.
Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah negeri di Malaysia, Pulau
Pinang tidak menyenaraikan nama-nama penceramah agama tertentu supaya
dihalang berdakwah di Pulau Pinang.
“Nama-nama besar seperti Dr Maza, Dr Rozaimi Ramli, Dr Danial Zainal
Abidin, Ustaz Hussin Yee, malahan sebarang guru daripada Aliran
Asya’irah juga dibenarkan seperti Ustaz Shahul Hamid yang sejak sekian
lama berdakwah di Pulau Pinang.
“Malahan, di kebanyakan masjid dan surau di Pulau Pinang masih banyak
ceramah ustaz-ustaz Pas, walaupun kadangkala ucapan mereka penuh dengan
fitnah dan dakwaan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang,” katanya.
Andainya Presiden PAS tidak terpengaruh dengan berita propaganda
khianat Umno-BN kata beliau, sudah pasti Presiden Pas akan akui bahawa
perkembangan Islam di Pulau Pinang jauh lebih baik daripada banyak
negeri lain di Malaysia.
“Umpamanya baru-baru ini, kerajaan memberi anugerah kepada lebih 10
orang tokoh pendakwah sebagai Tokoh Ma’al Hijrah sebagai teladan dakwah
di semua negeri-negeri di Malaysia.
“Ajaibnya, Presiden Pas tidak pula menyerang MCA yang apabila
kerajaan negeri menaikkan bajet untuk hal ehwal Islam, pihak MCA selalu
menuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan seperti anti Cina,”
katanya.
Beliau menasihatkan Presiden Pas dalam membuat kenyataan, seharusnya
bukan sekadar perlu memikirkan untuk tidak membuat tuduhan jahat dan
dusta, malahan perlu berfikir bagaimana dia mahu menjawab di hadapan
Allah atas dakwaan palsu beliau itu di akhirat nanti.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan