Perhimpunan Najib-Hadi akan tangani nasib rakyat Palestin

Langkah sewajarnya yang perlu diambil bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin PAS di Putrajaya pada 22 Dis ini.

Presiden Umno itu berkata, Umno dan Pas perlu bersama-sama mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.

Perlu ada pendirian bersama apabila ia melibatkan isu kepentingan Islam dan umatnya, kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di sini, pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menjelaskan tentang pendirian Malaysia berhubung perkara itu.

Menurut laporan, Najib akan menyertai perhimpunan itu bersama-sama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menjelaskan tentang hasil yang dicapai pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul baru-baru ini, tentang perkara itu.

Keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam di seluruh dunia.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan