Umno dan Pas dilihat mahu menjadi juara dalam menangani isu Palestin
dengan menganjurkan ‘Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis’ sedangkan ia
membabitkan masalah umat Islam sejagat.
Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
mendakwa, himpunan yang akan diadakan pada Jumaat ini, tidak membabitkan
parti-parti politik dan NGO lain untuk mendengar pendirian Malaysia
hasil dari mesyuarat tergempar sidang OIC baru-baru ini.
“Isu Baitulmaqadis dan Palestine adalah permasalahan Islam sejagat.
Ianya harus ditangani oleh semua ummah sejagat bagi mempertahankan kota
Baitulmaqdis mahupun Palestin
“Kenapa perhimpunan ini hanya dikhususkan pada Umno dan Pas saja?
Mengapa tidak menjemput semua parti-parti politik dan NG0 lain untuk
turut sama mendengar pendirian Malaysia hasil dari mesyuarat tergempar
sidang OIC.
“Masalah orang-orang Islam di seluruh dunia bukan harus ditangani
oleh Umno dan Pas secara eksklusif saja! Tetapi ianya adalah milik
bersama ummah sejagat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru katanya lagi, himpunan solidari untuk Palestin ini adalah
sandiwara Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Dua pemimpin ini sedang memperbodohkan ahli-ahli akar umbi parti
masing-masing agar tidak protes pada penyatuan mereka secara
memperalatkan agama bagi menghalalkan cara ke arah mencapai matlamat
kerjasama menggunakan parti Pas untuk pecah undi orang-orang Melayu demi
menjamin kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Perdana menteri paling korup dan haji hadi awang sudah bersatu pada
hakikatnya. Namun Umno dan Pas cuma berselindung di sebalik isu-isu
tertentu,” ujarnya.
Khairuddin mendakwa perhimpunan pada 22 Disember ini di Putrajaya membuktikan hubungan di antara umno dan Pas amat jelas.
“Cuma kaedah mereka ialah berselindung di sebalik isu-isu tertentu
untuk bergabung bagi mengaburi pandangan ahli-ahli akar umbi
masing-masing yang tidak boleh terima kerjasama di antara umno dengan
Pas khususnya pada PRU14.
“Najib serta Hadi sedang melaksanakan agenda menghalalkan cara bagi memperbodohkan ahli-ahli akar umbi masing-masing.” ujarnya.
Khairuddin berpendapat apapun yang cuba dilakukan Umno dan Pas dengan
berselindung sekalipun, akan memanfaatkan Pakatan Harapan kerana
ahli-ahli akar umbi Umno dan Pas ujarnya, akan memprotes terhadap parti
masing-masing, manakala undi mereka pula akan diberikan pada Pakatan
Harapan pada PRU14 nanti.
“Perhimpunan di putrajaya dengan pemimpin-pemimpin Pas yang bakal
dihadiri oleh perdana menteri paling korup melambangkan hipokrasi Umno
dan Pas,” katanya.
Najib yang juga Presiden Umno itu dipetik berkata,langkah bagi
menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan yang
akan dihadirinya bersama pemimpin Pas di Putrajaya, Jumaat ini.
Beliau berkata, parti tonggak Barisan Nasional (BN) berkenaan dan Pas
perlu bersama-sama dalam mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.
“Perlu ada pendirian bersama apabila membabitkan isu kepentingan
Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media Malaysia yang membuat
liputan lawatan rasmi beliau di ibu negara Bahrain, awal pagi Ahad
seperti dilaporkan Bernama.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan