Pemikiran Cabuk !

Oleh Mohd Sayuti Omar

Pengistyharan Mahfuz Omar keluar daripada parti agama yang disertainya lebih 40 tahun turut sama mendapat ulasan daripada Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan. Tindakan Mahfuz bersama anak dan isterinya itu, disifatkan oleh Takiyuddin sebagai memalukan.

Takiyuddin meremehkan tindakan Mahfuz itu dan cuba memberi gambaran yang tindakan itu tidak memberi kesan kepada Pas.

Memang benar semalam Mahfuz hanya bersama anak beranaknya sahaja istyhar meninggalkan Pas.

Tetapi jangan mudah ketumbing mata kalau Mahfuz tidak membawa ramai pengikut atau penyokongnya. Penyokong dan mereka yang bersimpati dengannya dan rasa benci kepada Pas ekoran perubahan — gelecah ril dalam parti itu ramai.

Satu bukti ialah apabila berita atau video Mahfuz yang diviralkan mendapat sambutan hangat. Dalam wall saya sahaja, faceboker yang menyokong tindakan Mahfuz melebihi 1,000 orang. Mungkin angka ini kecil, tetapi ia menjelaskan bahawa tindakan Mahfuz disetujui simpatis yang lain.

Ahli Pas yang pemikiran cabuk mungkin tidak berdegis dengan tindakan Mahfuz itu, masih mengaku parti agama itu kuat, tetapi mereka atas pagar yang mewakili jumlah lebih besar daripada ahli Pas cabuk lebih ramai. Mereka ini diyakini akan bersetuju dengan Mahfuz.

Jadi apabila Takiyuddin memperlekehkan tindakan Mahfuz itu menunjukkan pemikiran setiausaha agung itu juga cabuk. Trims.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan