PETALING JAYA: Syarikat pelaburan strategik 1MDB akan ditutup selepas
semua hutang selesai dibayar, kata Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah.
Pengerusi 1MDB itu yakin dana milik kerajaan itu mampu melangsaikan segala hutang melalui pelan rasionalisasi.
“Kita boleh bayar menerusi ‘monetisation’ aset-aset yang ada, dalam
TRX City ada Bangunan Exchange 106 yang merupakan bangunan tertinggi di
Malaysia dan penghuni-penghuni akan membayar sewa,” katanya lapor Utusan
Online.
Pada 31 Disember lepas, 1MDB dilaporkan selesai membuat semua
pembayaran kepada dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum
Investment Co PJSC (IPIC) dalam satu urusjanji menyelesaikan pertikaian
hutang RM4.9 bilion.
Media melaporkan wang untuk pembayaran itu hasil daripada program
rasionalisasi melibatkan antara lain pertukaran hutang dengan aset
dengan IPIC, penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General
Nuclear Power Corp untuk RM9.83 bilion, pembangunan tanah Tun Razak
Exchange dan pelupusan aset bukan teras.
Pada Julai 2017 Pedana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata isu
1MDB ini sengaja diperbesar-besarkan pembangkang kerana mahu
menumbangkan kerajaan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan