Oleh AMNI JAGAT
Dalam kajian dan tinjauan sebelum ini, saya telah mendapati
kebanyakkan pengundi di sekitar kawasan parlimen Ayer Hitam telah
meluahkan rasa mereka yang mahukan perubahan berlaku dalam Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang. Dalam perubahan sikap tersebut,
kebanyakkan pengundi di Ayer Hitam mahukan sesuatu yang perlu
dipertimbangkan oleh Pakatan Harapan (PH).
Permintaan dalam tinjauan itu membawa kepada calon di Parlimen Ayer
Hitam adalah dalam kalangan orang yang berbangsa Melayu. Lumrah dalam
sesuatu agenda bagi mengambil hati pengundi adalah mendengar suara
pengundi di peringkat bawahan yang teramai. Sememangnya kependudukan di
kawasan Parlimen Ayer Hitam majoritinya adalah terdiri dari kalangan
bangsa Melayu.
Maka, pengundi di Ayer Hitam ini memerlukan seorang tokoh dari
kalangan Melayu yang boleh bertanding melawan calon dari MCA di Parlimen
itu. Saya melihat kebanyakkan orang di sini agak berinformatif dengan
kebanyakkan lebih 70 peratus daripada mereka yang mahukan calon gergasi
dari PH untuk bertanding di Parlimen tersebut.
Antara calon yang dikemukan oleh para pengundi yang ditemui adalah YB
Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dari Parti Amanah Negara
(AMANAH). Hal tersebut merupakan suatu perkara yang perlu diselesaikan
oleh pihak kepimpinan tertinggi PH Johor mahu pun PH Nasional dalam
menangani permintaan dari pengundi di Ayer Hitam.
Umum mengetahui, Parlimen Ayer Hitam akan ditandingi oleh calon dari
parti DAP. Namun ketika ditanya kepada pengundi, kebanyakkan pengundi
agak tidak senang dengan PH yang meletakkan calon dari kalangan orang
bukan berbangsa Melayu. Ada antara mereka yang menyuarakan jika calon
itu terdiri daripada orang Melayu yang menggunakan tiket DAP, ia turut
mengundang masalah.
Masalah yang dialami oleh penduduk kampung terutamanya di Dun
Semarang, mereka agak terkesan dengan dakyah sebelum ini yang menyatakan
perkara negatif terhadap parti DAP. Harus diakui penduduk di kawasan
kampung seperti itu pastinya akan termakan dengan dakwaan sebelum ini
berkenaan dengan pandangan negatif terhadap DAP.
Selain itu, kebanyakkan mereka yang memberikan pandangan ini adalah
terdiri daripada mereka yang sebelum ini menyokong Barisan Nasional
terutamanya Umno. Sudah semestinya dakwaan yang menyatakan soal
keburukkan yang diada-adakan oleh pihak Umno terhadap DAP pasti menjadi
kesangsian kepada mereka.
Pengamatan ini mnemukan suatu perkara khusus yang perlu dilakukan
bagi memenangi hati pengundi di kawasan Parlimen Ayer Hitam. Relevannya
wujud sepertimana tinjauan yang mendapati pengundi di Ayer Hitam
bersedia untuk mengubah undi mereka dari BN kepada PH namun calon akan
diletakkan perlulah hasil permintaan mereka yakni bangsa Melayu.
Lebih mendatangkan risiko sekiranya perkara ini disedari oleh pihak
Umno-BN, sudah semestinya hal ini akan dijadikan suatu buah mulut bagi
menyekang gerakan untuk memenangi hati pengundi.
Bila saya bertanya
soalan apakah parti yang sesuai selain DAP yang akan bertanding di situ,
pengundi menjawab AMANAH atau Bersatu.
Namun pengundi di situ rata-ratanya masak kefahaman dengan menyatakan
memberi peluang kepada AMANAH kerana Bersatu sudah bertanding di Dun
Semarang dan DAP sudah bertanding di Dun Yong Peng. Bila ditanya
berkenaan calon dan seandainya Khalid Samad bertanding, rata-rata mereka
menjawab, sudah tepat pilihan PH dan mereka akan membantu calon
berkenaan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan