Oleh Hanipa Maidin
1.
Seorang pemimpin parti suci, menurut laporan Malaysiakini, versi
Inggeris, berkata parti sarkas tak boleh diharap untuk bela Islam.
Laporan itu petik sumbernya dari organ berita parti suci Harakahdaily.
He he..tak boleh harap tapi selalu percaya pula kat parti sarkas dlm isu
Islam..eg RUU 355.
2. Ucapan pemimpin itu dituturkan di Himpunan Fastaqim Parti Suci di Sik , Kedah.
3. Seperti yang disebut tadi , dia kata parti sarkas tak boleh diharap
utk bela Islam . Dia juga kata PH bukan pakatan yang berdasarkan Islam
kerana DAP jelas tolak Islam dan DAP ada kuasa ( authoriti ) dalam PH.
Yang ini, jika dia jujur lah, dia sendiri pun tahu tuduhan itu tak
betul.
4. Pemimpin ini juga bergantung hujah hentam parti sarkas
dan PH dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Puan M Indira
Ghandi dan lulusnya pindaan Akta 164. Jujurlah ustaz, ,enta faham ke isu
ini ?
5. Saya tak pasti parti suci yang dikatakan parti Islam
ini, adakah mereka rasa mereka diberi lesen istimewa untuk menipu - tipu
ahli sendiri dan tipu orang ramai?
6. Jika tak tipu, adakah bila
masuk parti Islam konon , tak kisah jika kita tak cerdik dan dibenarkan
berkata tentang sesuatu perkara walaupun perkara tu sama ada kita tak
tahu atau bukan bidang kita.
6A. Lihatlah dalam isu saman DoJ
dulu, yang komen tak faham pun tapi senang je kata ia campurtangan
asing. Senang je pemimpin mereka kata dah faham lepas hanya diberi
taklimat 2 jam tentang 1MDB. Senang je kata MP parti dia lah yang
kononnya jadi benteng terakhir bela Islam dalam isu pindaan Akta 164.
Senang je simpulkan MP PH tolak hukum Islam dalam isu RUU 355 sedangkan
dia bentang RUU 355, tak buka bahas pun hingga kini.
7. Nampak
jahat betul politik parti suci yang mengajendakan secara bersiri dan
istiqamah tuduh dan fitnah DAP kononnya anti Islam tanpa kemuka bukti..
Mereka pakat borong bila orang tak setuju je yang mereka bawa mereka tu
anti Islam. Betul ke cara begitu?
Ada seorang yang dulu hanya
ajar mengaji budak-budak je dalam TV, kini saya lihat , bila masuk parti
suci je terus hentam DAP. Tak malu ke pada almarhum Tok Guru Nik Aziz
yang ziarah mendiang Karpal Singh di rumahnya, bawa kek birthday
meskipun mendiang semua tahu agak lantang bersuara dalam isu Islam.
8. Saya arif sgt kemampuan pemimpin ini utk memahami isu kes puan M
Indira Ghandi atau isu Akta 164. Masa saya dan kawan-kawan yang dalam
Amanah sekarang dalam parti suci, maaflah kata, kami lah yang selalu
bincang dan menulis kes-kes seperti tu. Pemimpin yang bercakap tu, hatta
presiden dia mana ada cakap benda tu. Yang ajar budak-budak ngaji lagi
lah tak cakap. Bila ngaji kena mantop . Tapi bila hentam Dap ,hujah x
mantop pun tak pe..
9. Ginilah, jika beginilah cara antum semua
berpolitik, jujurnya, saya tak salahkan orang ramai khususnya orang
bukan Islam jika mereka tak minat kepada Islam. Ya, kamu semua berjaya
tonjolkan Islam itu ibarat agama yang tak menarik, tak adil dan tidak
merciful kepada mereka yang masih tak faham dengan Islam.
Allah lebih tahu.
MP Sepang.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan