Baiah: Kelantan belum ada kata putus


KOTA BHARU - Pas Kelantan masih belum memutuskan sama ada mahu mengekalkan cerai talak tiga atau sebaliknya dalam lafaz baiah terhadap calon wakil rakyat mereka.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara tersebut sebenarnya masih belum dibincangkan di peringkat negeri lagi.

“Secara rasmi masih belum bincang lagi. Benda ini biasanya Pesuruhjaya Pas negeri yang akan buat keputusan.

“Di Kelantan ini sama ada nak tambah atau tidak kena rujuk Pesuruhjaya,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco negeri, semalam.

Baru-baru ini Majlis Syura Ulamak memuktamadkan baiah perlu dilafazkan semua calon wakil rakyat yang bertanding pada PRU14, bagaimanapun mengenai penambahan kandungan termasuk cerai talak tiga perlu dikemukakan dahulu kepada mereka.

Lafaz taat setia yang mengandungi cerai talak tiga diamalkan Pas di Kelantan sejak 2004.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan