PETALING JAYA: DAP hari ini mempersoalkan nama seorang lelaki berumur
150 tahun dalam senarai pemilih rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Said bin Mohd Arshad yang direkodkan tarikh lahirnya pada 1
Januari 1868, dengan kad pengenalan bernombor 680101-13-0069, merupakan
pengundi berdaftar di daerah mengundi Krokop di kerusi negeri Pujut,
dalam Parlimen Miri.
DAP Sarawak berkata jika maklumat itu sahih, Malaysia mencipta rekod dunia kerana mempunyai rakyat tertua di dunia.
“Jika benar Mohd Said berumur 150 tahun, kenapa namanya tidak
tercatat dalam rekod tersebut sebagai orang tertua hidup selepas Jeanne
Louis?” soal Abdul Aziz Isa, pembantu khas pengerusi Pakatan Harapan
Sarawak, merujuk catatan Guinness World Records yang menamakan wanita
Perancis Jeanne Louise Calmant, sebagai orang tertua di dunia.
Jeanne Louise meninggal dunia pada 1997 ketika berumur 122 tahun.
Aziz menuntut penjelasan dari SPR dan memastikan nama itu bukan sebahagian “pengundi hantu”.
“Jika perkara ini tidak dijawab, ia secara tidak langsung menimbulkan
banyak kemusykilan dan persoalan terhadap kewibawaan SPR sebagai badan
bebas, adil, telus dan tanpa memihak kepada sesiapa,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan