Islam Di Selangor Masih Mulia : Agama Lain Bebas Mengamalkan Ajaran Masing Masing





 Sesiapa sahaja boleh berusaha dan berdoa untuk kejayaan parti masing-masing dalam mana-mana pilihanraya di negara ini.


Tetapi berdoa di khalayak ramai dan diviralkan bahawa negeri Selangor tidak “cerah agama” adalah satu yang sangat tidak wajar.

Menggambarkan hanya parti tertentu sahaja layak dan mampu buat negeri Selangor menjadi adil dan indah Islamnya serta menggambarkan suasana masih terjajah adalah satu jenis hasutan yang perlu kita waspada.

Ada dua kuasa rasmi di negeri Selangor ini.

DYMM Sultan Selangor Ketua Negeri Berpelembagaan adalah insan yang bertanggungjawab kepada urusan Agama Islam di Selangor ini.

Sebelum dan selepas merdeka, Institusi Diraja ini sentiasa berusaha memainkan peranan mereka.
Semoga Allah S.W.T memuliakan semua Kesultanan Selangor yang berketurunan Bugis itu.

Raja-Raja Melayu telah sepakat menyerahkan kuasa mengurus negara/negeri kepada rakyat melalui Sistem Demokrasi.

Terbentuklah kerajaan baharu setiap kali selepas pilihanraya.

Sejak zaman kerajaan UMNO/BN di Selangor ini, Tuanku-Tuanku Sultan sentiasa memantau perjalanan Kerajaan Negeri dan khususnya Islam serta perkembangan dan kemuliaannya.

Tahun 2008 bermulanya era rakyat merasai pertambahan pelbagai nikmat di Selangor ini.

Tuanku Sultan sentiasa memuji kerajaan Selangor sebagai sebuah Kerajaan Berkebajikan yang mengutamakan rakyat dan memastikan suasana dakwah dan aktiviti agama semakin rancak. Pelbagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) diperkenalkan.

Kaum dan penganut agama lain dapat merasakan erti kebebasan untuk beramal dengan ajaran agama masing-masing di Selangor; dengan peruntukan sewajarnya dari Kerajaan Negeri itu sendiri serta peluang mengutip derma bersistematik.

Sedarlah rakyat Selangor, bahawa ada satu salah faham sedang disebarkan di Negeri Berkebajikan ini.

Ayuh! Kita tangani mereka dengan kasih sayang dan mengikut lunas undang-undang.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara
Penyelaras
Pusat Peduli Rakyat
Parlimen Hulu Langat
(Mantan AJK Darussyifa’ Negeri Johor dan Peserta Kapal Kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara 2010)
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan