Hadi Perlu Ajak Orang Ramai Undi PAS Demi Hukum Hudud

Oleh: Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Inilah masa yg sesuai utk Abdul Hadi menjelajah ke seluruh negara mengajak orang ramai mengundi Pas untuk melaksanakan hukum hudud.

2. Kerana, TV dan akhbar pro BN setiap hari melaporkan ucapan Abdul Hadi. Elok sungguh jika dia bercakap soal hudud supaya dilapor oleh semua media itu.

3. Dulu, Abdul Hadi kata TV dan akhbar tak beri ruang kpd Pas utk bercakap soal hukum hudud. Sekarang dah beri ruang, tak bercakap pula. Kenapa?

4. Atas pentas ceramah Pas bukan ada LKS atau LGE. Tapi Abdul Hadi tak bercakap pun soal pelaksanaan hukum hudud jika Pas berkuasa. Kenapa?

5. Abdul Hadi tak perlu hentam Mahathir, PH atau Amanah dlm ceramahnya. Elok fokus jelaskan mengenai hukum hudud.

6. Pas patut buat seminar, wacana, debat mengenai hukum hudud supaya orang ramai faham dan sokong Pas demi pelaksanaan hukum hudud.

7. Abdul Hadi patut tampil setiap hari secara langsung melalui FB dan bercakap soal pelaksanaan hukum hudud yg menjadi nyawa Pas. Kenapa tak buat

? 8. Apabila kami kritik RUU 355, macam-macam kami dilabel. Liberalislah, sokong kafirlah, tolak Islamlah...! Kini, mengapa pemimpin Pas diam soal hukum hudud?

9. Pas takut pengundi tak undinya jika cakap soal hukum hudud? Ha ha ... Bukankah Pas tak peduli semua itu asalkan hukum hudud terlaksana?

10. Dekat-dekat pilihanraya tersingkaplah wajah sebenar Pas. Nak buat hukum hudud konon...!
11. Sembang saja lebih...!









Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan