Nik Abduh Tidak Cukup Dengan hanya Berdoa

Oleh Mohd Sayuti Omar

Dua tiga hari rakaman voice mengenai pendedahan apa yang boleh difahamkan mengenai berlaku pengambilan duit daripada Umno ditularkan dalam media massa.

Tidak dipasti siapakah yang membuat pendedahan dan pengakuan itu. Namun gambar Nik Muhammad Abduh Nik Aziz, bekas ketua pemuda Pas ada ditepek bersama rakaman voice berkenaan yang akan dikeluarkan secara bersiri.

Menganalisa daripada apa yang didedahkan itu, ia seperti berlaku dalam satu pertemuan khusus untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan itu — pengambilan wang daripada Umno dan pengakuan ada kerjasama Pas dengan Umno. Semuanya diketahui oleh sang suara itu.

Disebabkan bersama voice itu ada diletak gambar Nik Abduh maka orang menerima suara itu adalah miliknya. Intipati (motif) pendedahan itu ialah semacam beliau (Nik Abduh) ada tidak kena dengan orang digelar Ustaz Din.

Nik Abduh dilaporkan sudah pun menjelaskan duduk perkara itu, mengenai rakaman voice itu. Beliau menolak itu adalah suarannya. Katanya pendedahan itu karut dan fitnah. Ia juga jauh lebih busuk daripada sampah yang hanya dilahap oleh orang daripada parti lawannya.

Dalam masa sama dia menegaskan ambil duit Umno haram sama kelas dengan menuruti buntut DAP. Dan dalam frasa lain dia sendiri mengakui mengambil duit Umno.

Orang boleh setuju dengan pengakuannya itu. Dengan meletak dia sebagai ahli parti agama, apa lagi anak kepada Tuan Guru, orang boleh mempercayainya; bahawa rakaman voice itu fitnah.

Tetapi pengakuannya itu bukan berhenti setakat itu sahaja. Ia tidak menyelesaikan persepsi umum berhubung voice dalam rakaman itu. Lebih menggerumkan lagi, tanggapan yang beliau — seperti mana kata voice itu, juga menerima duit Umno. Ertinya dia kini berada dalam gelumbang haram dan dosa

Makanya Nik Abdul bin Nik Aziz perlu mengambil tindakan lebih tuntas bagi menghuraikan persoalan itu. Ada dua cara, pertama mengakui sejujur-jujurnya bahawa dia memang mengambil duit Umno berserta dengan jumlahnya, dan begitu juga gengnya.

Tindakan kedua, mengambil tindakan undang2 kepada penyebar rakaman voice yang dianggap suaranya itu. Kemukakan notis saman segera.

Beliau tidak boleh setakat berdoa mengharap Tuhan melaknat orang memfitnah(?)nya begitu sahaja.

Sebab sumpah tidak berlaku dalam politik, seperti mana bai’ah bidaah itu. Seperti masalah kesesakan jalan raya di Kelantan tidak selesai dengan hanya diminta berdoa dan baca Quran sepanjang berada dalam kereta.

Jika tidak ada tindakan itu apa didedahkan dalam rakaman suara itu akan diterima oleh semua orang bahawa tuduhan orang Pas menerima duit daripada Umno selama ini adalah benar.

Dan ekuran pendedahan voice itu saya yakin selepas ini akan ada pendedahan secara fizikal pula seperti rakaman video atau pun CCTV Tunggu, game baru bermula. Trims.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan