Aku Terima Duit Daripada Shahidan

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Dulu, pada petang Jumaat, Shahidan (semasa dia MB Perlis) akan mengadakan program sembang di Radio Perlis selama satu jam.

2. Dua kali aku dijemput mengisi program itu; aku, Shahidan dan seorang AJK Fatwa Perlis. Aku masih ingat, salah satu topik yg dibincang ialah isu "Tuhan mencarut".

3. Selesai program, Shahidan buka briefcasenya dan hulurkan satu sampul kpd aku. Apa lagi, sambar sajalah. Apabila dibuka (bukan buka depan dia), RM500.

4. Setahun yg lalu, aku buat program Back To School. Ketika mencari dana, aku teringat seorang kawan lama aku yg kami satu pasukan dlm pasukan bola sebuah agensi kerajaan.

5. Aku mesej dia minta duit utk program itu. Dia balas dan ajak aku berjumpa. Dia hulurkan aku RM1000. Kawan aku ini salah seorang pemimpin Umno ketika itu dan dia pegawai Shahidan.

6. Ketika hulur dia kata, "Ini duit Dato' Sri." Aku senyum dan duit itu aku guna semuanya utk beli pakaian sekolah utk pelajar yg aku pilih. Terima kasih kpd kawan aku yg kuat Umno itu.

7. Aku tak malu nak mengaku aku pernah terima duit drpd Shahidan, tapi cuma tiga kali saja. Dua kali utk rancangan radio dan satu kali utk program sosial.

8. Aku cerita sebab aku nak beritahu kpd pemimpin Pas, kalau terima duit drpd Najib atau Umno, mengaku sajalah. Kalau duit itu diguna utk kepentingan umum, apa salahnya.

9. Cuma aku hairan, mengapa pemimpin Pas tak berani mengaku, padahal dulu Rafizi pernah buat akuan bersumpah tentang isu salah seorang pemimpin Pas terima duit drpd Najib.

10. Terbaru, salah seorang pemimpin Pas pun ada mengaku dlm audio itu, cuma dia nafikan itu suaranya. Mengapa takut utk mengaku secara terang-terang? Takut hilang undi?

11. Pas parti Islam. Pemimpin Pas pejuang Islam. Pejuang Islam mesti jujur dan telus. Mana boleh pejuang Islam buat benda yg boleh menimbulkan fitnah kpd jamaah Islam. Takbir...!

12. Mengaku sajalah kalau terima duit drpd Umno. Kalah pilihanraya di dunia tak mengapa, as
alkan kita selamat di akhirat. Eleh... terima duit drpd Umno bukan rosak aqidah pun...! Ggggrrrrrr......!
13. Kalau aku yg lekeh berani mengaku, takkan pejuang Islam yg hebat tak berani mengaku? Kata pejuang Islam...! Perrgghhhh...!
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan