Pasar Pasir Puteh : Selesailah Dengan Baik


Oleh Mohd Sayuti Omar
 
Saya baru saksi rakaman video kekecuhan berlaku di Pasir Puteh ekoran tindakan pihak berkuasa mahu merobohkan pasar lama Pasir Puteh. Para peniaga yang tidak setuju pasar lama dirobohkan kerana menganggap tindakan itu satu kezaliman kerajaan Pas. Khabarnya para peniaga telah membawa kes itu ke mahkamah kerana tidak berpuas hati dengan keadaan pasar baru yang dibina dikatakan sempit dan tidak mengikut speksikasi sepatutnya, dan mahkamah belum membuat keputusan.

Kerana merasakan mereka dianiaya peniaga beramai-ramai keluar membantah dan menghalang jentolak yang sudah siap untuk melakukan perobohan.

Semangat Pejuang Tok Janggut menentang penjajah menguasai diri para peniaga menyebabkan kerja meroboh tergendela. Penangguhan itu bukan penyelesaian terbaik. Satu konsensus dan solusi perlu diambil untuk semua pihak berpuas hati.

Yang jadi musykilan ialah kenapa pihak kerajaan seakan melepas tangan dan tidak ada usaha mengatasi isu pasar berkenaan sedangkan ia sudah lama berlaku. Kenapa sampai dibawa ke mahkamah? Di sinilah kelemahan kerajaan Kelantan yang ada kini, bertindak diluar tabiit sebagai sebuah kerajaan yang dihasratkan oleh arwah Nik Aziz dahulu.

Kita tidak perlu meletakkan bebanan kepada satu pihak, sebaliknya semua pihak harus berganding menyelesai masalah ini. MB Ahmad Yakob terutamanya perlu menunjukkan wibawanya sebagai pemimpin kerana kelemahan menguruskan isu itu akan memberi natijah buruk kepada kerajaan pimpinannya. Dari tanah suci ini saya mendoakan semoga isu pasar di Pasir Puteh itu dapat diselesaikan dengan baik dan selamat. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan