Mula-mula akui Pas terima duit Umno, selepas 15 jam nafi

AHLI Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim dilihat mengakui partinya menerima sejumlah wang daripada Umno secara rahsia tetapi menafikannya pula selepas 15 jam pendedahan itu dibuat di Facebook.

Beliau dalam status di media sosial itu yang dimuat naik jam 5.17 petang semalam turut mempersoal keikhlasan Umno memberi wang tersebut apa bila pecah diketahui Pakatan Harapan (PH).
“Rupanya tak ikhlas Umno bagi pitih (duit) kepada Pas.

Bagi tapi lepas tu bocor rahsia kepada PH.

“Umno yang tukang ke luar modal, PH tukang canang merata-riti. Ada pakatan sulit rupanya antara Umno dan PH untuk menjatuhkan Pas!” dipetik daripada kenyataan bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Neg eri (Dun) Jabi itu.

Bagaimanapun, Azman pagi ini menganggap tentera siber PH sebagai “sedang mendedahkan kedangkalan sendiri saja tak faham status troll.” Katanya, beliau tiada seba rang masalah malah mengikuti sahaja komentar dan maklum balas orang ramai di media sosial ekoran status tersebut yang didakwanya sebagai bernada sindiran.

Pemilik Klinik Gigi Dr Azman di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu itu turut mem beritahu terdapat pihak Umno menghubunginya sendiri menafikan tentang dakwaan tersebut.

Bahkan, orang Umno itu, da kwa Azman mengesahkan pula Pas bersih dalam hal berkaitan wang.
ORANG DALAM PAS BOCOR

Dalam perkembangan berkaitan, Facebook atas nama Ana Tahu berkata, sumber dalaman Pas sendiri yang membocorkan maklumat berkaitan penerimaan wang mencecah jutaan ringgit dari pada Umno itu.

“Audio Nik Abduh dan bukti kemasukan duit RM2.5 juta kedua-duanya datang dari sum ber dalaman Pas sendiri yang semakin rimas dengan sikap pemimpin-pemimpin boneka Umno dalam Pas ini.

“Ana juga ingin bertanya, selain RM2.5 juta yang masuk 21 Mac 2018 dan RM2 juta yang diterima Dr Samsuri (Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat) untuk pilihan raya Sarawak, berapakah lagi jum lah lain yang telah diterima oleh Pas dari Umno?” soalnya lagi.









Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan