KALAU
Pakatan Harapan (PH)
menang dalam pilihan raya
umum pada hari Rabu 9 Mei
nanti, hari berikutnya iaitu 10 dan
11 Mei akan diisytiharkan hari cuti
umum.
Inilah cadangan Pengarah
Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly
Ahmad kepada Majlis Presiden
Pakatan Harapan (PH) selepas
hari mengundi ditetapkan pada
hari Rabu, pertengahan minggu
oleh SPR.
“Setelah saya sebutkan
perkara ini dalam Majlis Presiden
tengahari tadi, Majlis Presiden
bersedia mempertimbangkan
cadangan ini,” tulis calon PH dari
AMANAH untuk parlimen Kuala
Selangor itu.
Menurut beliau, cadangan ini
dibuat kerana keputusan SPR
menetapkan 9 Mei Rabu, hari
bekerja.
“Maka andainya PH menang,
maka ‘Kerajaan PH’ akan mengisyti
harkan 10 & 11 Mei 2018 sebagai
cuti umum bagi menggalakkan
dan meyakinkan rakyat/pengundi
untuk pulang mengundi dan seter
usnya menyambut kemenangan
rakyat,” kata Dzulkefly.
SPR telah memutuskan hari
mengundi untuk pilihan raya
umum ke 14 adalah pada 9 Mei
iaitu hari Rabu pertengahan
minggu.
Ia bakal menyusahkan para
pengundi yang bekerja kerana
terpaksa bercuti pada perten
gahan minggu untuk pergi
mengundi
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan